23 Ogos 2017 Analisis Harian
Momentum bullish pada dolar A.S. diperbaharui.
Pasaran beruang masih memimpin momentum Euro pada hari Rabu berikutan dengan doket ekonomi yang kurang memuaskan dari zon ekonomi tersebut. Semalaman, mata wang tunggal ini telah memangkas keuntungannya selepas Sentimen Ekonomi Jerman yang diterbitkan oleh ZEW menjunam sehingga 10.0 pada bulan Ogos, tersasar daripada ramalan konsensus sebanyak 15.0. Prestasi yang buruk ini telah mencerminkan tahap keraguan yang tinggi terhadap pertumbuhan masa depan di Jerman, namun tinjauan keseluruhannya adalah masih di paras yang tinggi dan stabil. Untuk pagi ini, pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.09% ke $1.1751. Sebaliknya, dolar A.S. menokok sebanyak 0.05% ke 93.46 selepas para pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada ucapan oleh Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi dan Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen pada hari Jumaat ini di Jackson Hole, Wyoming. Walaubagaimanapun, Draghi dijangka untuk tidak mendedahkan pendirian dasar ECB bagi mengelakkan sebarang risiko lonjakan dalam Euro selepas bank tersebut memberikan kebimbangan mereka terhadap kenaikannya baru-baru ini. Begitu juga, kenyataan dari Yellen bakal di fokus oleh orang ramai bagi mendapatkan prospek selanjutnya mengenai tempoh kenaikan kadar faedah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.40% ke $47.60 selepas para pelabur masih khuatir akan kelebihan stok global dan pengeluaran minyak dari Libya yang makin meningkat. Selain itu, harga emas juga susut sebanyak 0.03% ke $1,284.73 selepas dolar A.S. melantun kembali dari paras rendahnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:00 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Aug) | 58.1 | 57.7 | – |
| 21:45 | USD – Manufacturing PMI (Aug) | 53.3 | 53.3 | – |
| 21:45 | USD – Services PMI (Aug) | 54.7 | 54.9 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Jul) | 610K | 612K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -8.945M | -3.375M | – |
GBPUSD

GPBUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.2850. Pergerakan harga berikut mencadangkan bias menurun kepada GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 1.2790.
Tahap rintangan: 1.2850, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2790, 1.2720
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD masih didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Pengunduran baru-baru ini mencadangkan bias menurun bagi jangka pendek kepada EURUSD untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran berikut di tahap rintangan 1.1720.
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840, 1.1890
Tahap sokongan: 1.1720, 1.1660
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun sambil menutup niaga di atas kedua-dua garisan MA. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di tahap rintangan 110.10.
Tahap rintangan: 110.10, 110.80
Tahap sokongan: 109.50, 108.90
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Penunjuk MACD yang mula memaparkan momentum menurun yang makin meningkat mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dari paras tersebut dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.
Tahap rintangan: 47.95, 48.40
Tahap sokongan: 47.40, 47.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1282.00.
Tahap rintangan: 1292.05, 1300.00
Tahap sokongan: 1282.00, 1271.90