83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar jatuh susulan harapan perdagangan susut sekali lagi.

Indeks dolar telah menurun berbanding sebakul enam pasangan persaingan utama pada sesi Asia awal susulan sentimen telah ditarik oleh berita risiko perdagangan yang meningkat di antara China dan AS. Menurut laporan baru-baru ini, delegasi perdagangan China telah membatalkan lawatan mereka ke Montana untuk ceramah pertanian dan meninggalkan AS lebih awal dari yang dirancang. Presiden Donald Trump tealah membayangkan masalah dalam satu sidang akhbar minggu lepas, mengatakan bahawa dia sedang mencari kesepakatan lengkap, bukan sebahagiannya yang merujuk kepada China untuk membeli lebih banyak produk pertanian dari U.S tidak akan mencukupi. Berita tersebut sekali lagi menurunkan harapan pasaran bagi perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara, Justerunya ia mencetuskan tekanan penjualan bagi dolar AS. Namun, pelabur tetap menumpu perhatian kepada perkembangan di antara kedua-dua negara tersebut untuk mengukur arah selanjutnya. Di samping itu, paun sterling telah merosot dan menyerah kembali beberapa keuntungannya selepas komen dari Menteri Luar Ireland. Menurut laporan dari Bloomberg, Menteri Luar Ireland, Simon Coverney memberi amaran bahawa langkah untuk perjanjian Brexit tidak begitu dekat, menyatakan bahawa ia masih terdapat “jurang yang luas” antara U.K dan EU. Kenyataan itu telah menjejaskan harapan Brexit dari keyakinan sebelumnya oleh Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker. Pada masa penulisan, indeks dolar turun sebanyak0.02% kepada 98.03 sementara GBP / USD juga turun sebanyak 0.05% kepada 1.2468.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.68% kepada $ 58.76 setong pada masa penulisan, namun ia masih tertekan dalam satu lingkungan yang ketat susulan ketidakpastian pasaran dan risiko terus meningkat untuk komoditi itu. Baru-baru ini, OECD menyatakan bahawa prospek ekonomi kedua-dua negara perindustrian dan pasaran baru telah muncul “lemah”. Pada masa yang sama, ketegangan perdagangan antara U.S dan China juga mengurangkan keyakinan dan pelaburan pasaran. Seterusnya, harga emas  telah meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 1513.41 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan risiko dagangan yang berulang dan ketidakpastian telah mendapatkan kembali daya tarikannya ke arah pasaran global.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15.30 EUR – German Manufacturing PMI (Sep) 43.5 44.0
21.45 USD – Manufacturing PMI (Sep) 50.3 50.3
21.45 USD – Services PMI (Sep) 50.7 51.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.30

Tahap sokongan: 97.95, 97.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawahnya.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2325

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1150

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 107.60. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 107.60.

 

Tahap rintangan: 108.05, 108.45

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6750.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6705

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6290. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 0.6030.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6445

Tahap sokongan: 0.6030, 0.5800

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam formasi saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah di dalam formasi saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang secara rata berhampiran 58.70. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 58.70, 60.85

Tahap sokongan: 57.30, 55.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1509.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1523.00.

 

Tahap rintangan: 1523.00, 1533.00

Tahap sokongan: 1509.00, 1494.50