83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Oktober 2018                                Analisis Petang

 

Pasaran aset selamat untung di tengah-tengah masalah Brexit.

Dolar telah mengukuhkan kedudukannya di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu, terutamanya dari rancangan bajet GDP Itali dan isu Brexit. Pasaran pada sesi dagangan awal Eropah adalah perlahan kecuali dalam pasaran Yen Jepun yang menerima pembelian yang besar kerana isu Brexit yang menghadapi kebuntuan dan Perdana Menteri UK Theresa May menghadapi tekanan dari EU serta juga dengan Parlimen sendiri. Dengan keputusan kini untuk kekal dalam kesatuan khas dengan EU, para pelabur bimbang bahawa tarikh akhir bagi Brexit akan ditangguhkan lagi. Selain itu, daya risiko para pelabur juga dilemahkan selanjutnya oleh penolakan pelan bajet GDP Itali di mana mereka mencadangkan untuk menggunakan 2.4% daripada GDP sebagai kadar perbelanjaan kerajaan. Sentimen negatif yang mengelilingi aset berisiko telah mempengaruhi pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada pasaran aset selamat, justerunya, meningkatkan dolar sebanyak 0.12% ke 95.80 manakala pasangan USD / JPY telah menurun sebanyak 0.32% ke 112.40 saat semasa penulisan.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.56% ke $ 69.00 susulan dengan Arab Saudi berjanji untuk mengimbangi kekurangan bekalan mentah dari sekatan Iran yang akan datang. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.26% kepada $ 1,227.30 satu troy auns berikutan dengan permintaannya yang lebih tinggi di tengah-tengah selera risiko yang lebih rendah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

21:30                     USD                        FOMC Member Kashkari Speaks

23:20                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders (Oct) -1 -1
04:30 (24hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -2.100M

 

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 95.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 95.20.

 

Tahap rintangan: 95.80, 96.30

Tahap sokongan: 95.20, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2955. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut,

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3085

Tahap sokongan: 1.2955, 1.2910

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1445. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1495, 1.1540

Tahap sokongan: 1.1445, 1.1420

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 112.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 112.75, 113.20

Tahap sokongan: 112.40, 111.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 0.7080. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7040.

 

Tahap rintangan: 0.7080, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7040, 0.7010

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6530. MACD yang memaparkan permulaan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6575.

 

Tahap rintangan: 0.6575, 0.6610

Tahap sokongan: 0.6530, 0.6495

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan trend yang menurun. MACD yang mula membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3130. 1.3175

Tahap sokongan: 1.3065, 1.3000

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji di paras tengah. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 0.9955.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0030

Tahap sokongan: 0.9955, 0.9920

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 69.80 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 68.70.

 

Tahap rintangan: 69.80, 71.00

Tahap sokongan: 68.70, 67.90

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dengan saluran sisi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan yang lemah 1225.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah ke luar saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1229.35, 1233.50

Tahap sokongan: 1225.05, 1220.40