23 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Sterling menjunam selepas masalah Brexit bertambah.
Dolar AS telah menerima sokongan bullish berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan penurunan pound sterling akibat daripada masalah Brexit. Menurut kepada The Telegraph, beberapa ahli pro-Brexit di dalam parti Perdana Menteri UK Theresa May telah mengemukakan cadangan yang boleh mengharamkan pelan backstop Ireland. Selain itu, laporan tersebut juga mendapati bahawa Parti Northern Irish Democratic Unionist yang membantu May dalam membentuk kerajaan gabungan parti minoriti juga telah memberikan sokongan mereka ke atas cadangan tersebut. Laporan ini telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam pasaran kewangan oleh kerana Theresa May bakal berdepan dengan masalah di dalam parti beliau selepas cadangannya untuk melanjutkan tarikh tamat transisi Brexit telah menerima bantahan yang menyeluruh di dalam parti beliau. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau mesyuarat jawatankuasa parti beliau yang bakal diadakan pada hari ini untuk membincang mengenai masalah Brexit dan syaratnya. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 95.72 sementara GBP/USD menurun sebanyak 0.05% ke 1.2963.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah susut sebanyak 0.04% ke $69.49 setong. Harga komoditi ini telah didagang secara berayun sementara para pelabur menimbang hasil dari sanksi Iran dan peningkatan pembekalan minyak mentah dari AS. Selain itu, harga emas mencatat peningkatan sebanyak 0.05% ke $1,222.70 auns troy berlatarkan ketidakpastian politik dan ekonomi yang lebih tinggi di UK akibat daripada isu Brexit.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 USD FOMC Member Kashkari Speaks
23:20 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German PPI (MoM) (Sep) | 0.3% | 0.3% | – |
| 18:00 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (Oct) | -1 | -1 | – |
| 04:30 (24hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -2.100M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 95.75. Walaupun MACD telah membentuk isyarat bullish, pemecahan dari tahap ini adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 95.75, 96.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya sementara kini sedang menguji di tahap sokongan 1.2955. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2955.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2910

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di tahap sokongan 1.1460. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1460.
Tahap rintangan: 1.1495, 1.1525
Tahap sokongan: 1.1460, 1.1420

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 113.05, 113.40
Tahap sokongan: 112.70, 112.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7090. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7045.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7045, 0.7000

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di tahap leher formasi double top. Walaupun MACD telah membentuk isyarat silang bearish, pemecahan dari tahap ini adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6610
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3085, 1.3010

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras tengahnya. Oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memaparkan sebarang isyarat yang teliti, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9975, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 69.30.
Tahap rintangan: 69.75, 70.65
Tahap sokongan: 69.30, 68.55

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah melantun dari paras bawahnya baru-baru ini. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek selepas ia memecahkan 1223.45.
Tahap rintangan: 1223.45, 1228.00
Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60