24 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar Australia menjunam selepas kadar gadai meningkat.
Dolar Australia menerima tekanan menurun yang ketara di dalam pasaran FX selepas salah satu bank utama meningkatkan kadar gadai janji mereka. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD menjunam sebanyak 0.20% ke paras 0.7127. Menurut kepada laporan dari Reuters, National Australia Bank (NAB) telah mengumumkan keputusan mereka untuk meningkatkan kadar gadai janji di dalam anggaran sebanyak 12 hingga 16 mata asas bagi menangani kos yang makin meningkat. Sebelum ini, NAB adalah salah satu daripada 4 bank utama Australia yang mengambil keputusan untuk tidak meningkatkan kadar mereka bagi mengaut bahagian pasaran yang lebih besar di dalam sektor peminjaman. Para pelabur berpendapat bahawa kenaikan kadar gadai oleh bank utama boleh melambatkan lagi pasaran perumahan dan ia akan memaksa Bank Pusat Australia untuk memotong kadar faedah dengan lebih lanjut. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar Australia adalah terhad selepas laporan pekerjaan bagi bulan Disember memberikan bacaan yang lebih optimistik. Sementara itu, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.07% ke paras 1.1389 pada pertengahan sesi Asia. Para pelabur kini akan memberi fokus ke atas keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Eropah dan ia dijangka untuk meneruskan kelonggaran dasar bagi tempoh masa yang lebih panjang.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.06% ke paras $52.12 setong. Harga minyak telah melanjutkan pemulihannya pada hari ini sementara para pelabur memantau pandangan dan perkembangan pertumbuhan ekonomi global. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.03% ke $1,283.24 se troy auns susulan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21.30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR -German Manufacturing PMI (Jan) | 51.5 | 51.3 | – |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jan) | 0.0% | 0.0% | – |
| 20.45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 20.45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 21.30 | USD – Initial Jobless Claims | 213K | 220K | – |
| 22.45 | USD – Manufacturing PMI (Jan) | 53.8 | 53.5 | – |
| 22.45 | USD – Services PMI (Jan) | 54.4 | 54.1 | – |
| 00:00 (25hb) | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.683M | -0.042M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 95.75. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 95.75.
Tahap rintangan: 95.75, 96.10
Tahap sokongan: 95.60, 95.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3110, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2960

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.1380.
Tahap rintangan: 1.1405, 1.1420
Tahap sokongan: 1.1380, 1.1370

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.35. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 109.90.
Tahap rintangan: 109.90, 110.25
Tahap sokongan: 109.35, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7115. MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7115.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7115, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3360.
Tahap rintangan: 1.3360, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3320, 1.3290

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah 0.9950. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9905.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9990
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9835

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik susulan dengan pengunduran dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 52.80, 54.40
Tahap sokongan: 51.85, 50.10

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menaik susulan dengan pengunduran dari paras atasnya. Namun, MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1284.35, 1287.20
Tahap sokongan: 1280.00, 1273.55