83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Mac 2017                        Analisis Harian

 

Kenaikan dolar AS didominasi oleh Kongres undi yang akan datang

Dolar AS kekal berdaya tahan semasa waktu dagangan Asia disebabkan sebarang pertarungan dramatik akan ditenun lewat malam ini di mana undi akhir akan diselaraskan untuk menggantikan undang-undang ‘penjagaan kesihatan Obama’ selepas Kongres semalam AS. Pemimpin parti Republik gagal untuk memperoleh sokongan yang cukup untuk meluluskan undang-undang itu dan sebaliknya memberikan tumpuan kepada keutamaan lain dan meninggalkan ‘Obamacare’ tidak berubah. Pelabur akan memberi perhatian mereka kepada keupayaan Trump untuk membenarkan dasar-dasar utama yang lain untuk melalui Kongres seperti pembaharuan cukai manakala undi akhir mengenai rang undang-undang penjagaan kesihatan akan kekal sebagai acara utama untuk malam ini. Indeks dolar AS telah menaik 0.16% dan dicatatkan terakhirnya pada 99.92 pagi ini. Selain itu, sterling Britain telah menurun 0.27% kepada 1.2487. Mata wang GBP menerima tekanan selepas ahli Bank Pusat Britain, Gertjan Vlieghe memberikan komen yang mengecewakan di mana beliau percaya bahawa inflasi yang lebih tinggi tidak mesti mencerminkan kenaikan kadar faedah.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak telah menaik, disokong oleh kekurangan eksport Saudi kepada AS manakala harganya kekal ditekan oleh kebimbangan pelabur mengenai pemulihan industri minyak syal AS. Harga emas pula telah menurun 0.1% kepada $1,243.60 di pertengahan dolar yang stabil menjelang undi Kongres semasa sesi Amerika Utara.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
05:45 NZD – Trade Balance (MoM) (Feb) -257M 160M -18M
16:30 EUR – German Manufacturing PMI (Mar) 56.8 56.5
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Feb) 0.0% 0.5%
20:30 CAD – CPI (MoM) (Feb) 0.5%
02:00 Crude Oil – Baker Hughes Oil Rig Count 631

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran dari paras tertinggi pada 1.2530 manakala baru-baru ini sedang berlegar di atas garisan MA 60 (Hijau). Penutupan harganya di bawah garisan ini akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya kepada sasaran tahap sokongan 1.2460.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2530

Tahap sokongan: 1.2460, 1.2430

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan 1.0820 manakala baru-baru ini telah ditutup di bawah garisan MA 20 (Merah), Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menunjukkan isyarat menurun dengan momentum dicatatkan di bawah tahap 0, penutupan harga EURUSD di bawah tahap sokongan 1.0760 akan mencadangkan penurunan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.0820, 1.0860

Tahap sokongan: 1.0760, 1.0715

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang lebih tinggi berikutan penutupan harganya di atas kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada penunjuk MACD yang mana garisan pergerakannya terus berlegar luar dari momentum, USDJPY dicadangkan untuk melanjutkan pengundurannya dan boleh didagang lebih tinggi dalam jangka masa pendek. Untuk arah aliran bagi jangka masa lebih panjang ia masih dicadangkan untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 111.55, 112.15

Tahap sokongan: 111.10, 110.60

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran daripada garisan MA 20 (Merah). Walau bagaimanapun, merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus menyempit dan bergerak secara rata, harga minyak mentah dicadangkan untuk didagang lebih tinggi dalam jangka masa pendek sebagai pembetulan teknikal. Untuk arah aliran bagi jangka masa lebih panjang, ia masih dicadangkan untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 47.95, 48.25

Tahap sokongan: 47.55, 47.25

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran sebelum ini daripada garisan MA 20 (Merah). Merujuk kepada kedua-dua garisan MA dalam penunjuk MACD yang terus menuju ke bawah manakala kedua-dua garisan MA juga semakin menyempit dan hampir melintasi sebagai pembentukan corak silang kematian, harga emas dijangkakan untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah 1242.55.

 

Tahap rintangan: 1248.20, 1253.00

Tahap sokongan: 1242.55, 1237.00