24 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar kekal tinggi akibat data perumahan positif, Aussie menjunam.
Indeks dolar berbanding dengan enam pasangan mata wang utama kekal disokong oleh sentimen yang bullish di tengah-tengah data perumahan yang kukuh. Data penjualan rumah baru di AS telah meningkat ke paras tertinggi di dalam tempoh setahun setengah bagi bulan Mac. Selain itu, peningkatan dolar juga didorong oleh bacaan data penjualan runcit (Retail Sales) dan eksport yang positif. Untuk masa ini, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada data GDP bagi suku pertama tahun ini yang memaparkan kekukuhan pertumbuhan ekonomi AS untuk memantau selanjutnya penggerakan dolar. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.06% ke 97.29 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah mengalami kerugian yang ketara dan menjunam sebanyak 1.00% ke 0.7030 semasa penulisan berikutan dengan pembebasan data CPI yang suram. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, indeks harga pengguna telah menyusut ke paras 0.0%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.2%. Pada masa yang sama, hasil bon perbendaharaan 10-tahun Australia telah menurun ke paras -0.76 mata asas yang merupakan paras terendah sejak bulan Oktober tahun 1981.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam dari paras tingginya sebanyak 0.39% ke $65.83 setong semasa penulisan di tengah-tengah pengambilan keuntungan oleh pelabur. Walaupun dengan sekatan yang selanjutnya terhadap Iran dan Venezuela, International Energy Agency (IEA) telah menyatakan pada hari Selasa bahawa pembekalan minyak di dalam pasaran kini adalah stabil. Selain itu, laporan terkini telah menunjukkan pembekalan minyak di AS telah meningkat ke 2 juta tong sehari. Sementara itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.22% ke $1269.30 semasa penulisan susulan dengan kekukuhan dolar dan penjualan emas secara mendadak oleh Venezuela.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Rate Statement
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BoC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 99.6 | 99.9 | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -1.396M | 1.255M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari paras atas saluran sisi sebelumnya di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.60.
Tahap rintangan: 97.60, 98.05
Tahap sokongan: 97.00, 96.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2935. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2985, 1.3045
Tahap sokongan: 1.2935, 1.2850

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1210. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 112.00. Namun, oleh kerana kekurangan momentum daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan atau tahap sokongan adalah diperlukan bagi pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 112.00, 112.40
Tahap sokongan: 111.45, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7050. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7020.
Tahap rintangan: 0.7050, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7020, 0.6995

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan di 0.6630. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6590.
Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6590, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3440. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3485.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3535
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.0190.
Tahap rintangan: 1.0225, 1.0255
Tahap sokongan: 1.0190, 1.0160

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan sebelumnya di 66.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 64.65.
Tahap rintangan: 66.00, 67.35
Tahap sokongan: 64.65, 63.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1272.60. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1264.00.
Tahap rintangan: 1272.60, 1283.80
Tahap sokongan: 1264.00, 1253.20