83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Dolar menanti minit mesyuarat Bank Pusat A.S.

Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Rabu selepas ia melantun kembali dari paras rendah enam bulan berikutan dengan kadar hasil bon persekutuan yang memberikan sedikit sokongan pada mata wang tersebut. Indeks dolar telah disebut niaga berdekatan dengan 97.19 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. “Kenaikan pada kadar hasil bon persekutuan yang menyokong dolar di kelihatan mempunyai unsur spekulasi oleh kerana risiko Trump-Rusia dan geopolitik dengan Korea Utara tidak menjadi kebimbangan yang baru bagi para pelabur,” kata Yukio Ishizuki, para strategi mata wang. Para pelabur kini menumpu kepada minit mesyuarat Bank Pusat A.S. manakala dollar-bull akan mengalu-alukan sebarang isyarat yang agresif dari bank pusat tersebut. Di rantau yang lain, Great British Pound diniaga dengan tidak berubah berdekatan dengan $1.2967 berbanding dengan dolar selepas pasaran kewangan menantikan perkembangan terkini selepas kempen pilihan raya dibatalkan berikutan dengan insiden pengeboman di Manchester pada hari Selasa yang lalu.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berayun di sekitar $51.52 setong selepas pembebasan anggaran industri bagi stok simpanan minyak mentah di A.S. Menurut kepada American Petroleum Institute, inventori minyak telah susut sebanyak 1.5 juta tong namun masih tersasar daripada ramalan dengan penurunan sebanyak 2.419 juta tong. Oleh itu, bacaan tersebut telah mengehadkan sebarang kenaikan pada harganya untuk setakat ini. Bagi pasaran emas, harganya telah menurun sebanyak 0.15% ke $1,252.86 selepas dolar A.S. didagang dengan lebih kukuh semasa awal pagi in.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:45                       EUR                     ECB President Draghi Speaks

02:00                       USD                     FOMC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Existing Home Sales (Apr) 5.71M 5.65M
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.50% 0.50%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -1.753M -2.419M

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.2975. Penutupan niaga tersebut mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke paras bawah saluran selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2935.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3045

Tahap sokongan: 1.2935, 1.2900

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawah saluran tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu. Walaubagaimanapun, lantunan dari tahap ini akan mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi di dalam saluran menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1210, 1.1260

Tahap sokongan: 1.1160, 1.1115

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas ia membentuk silang emas, pemecahan pada tahap rintangan 112.00 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.55

Tahap sokongan: 111.55, 111.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas, harga minyak mentah dijangka untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap Fibonacci 78.6 di 51.60.

 

Tahap rintangan: 51.60, 52.65

Tahap sokongan: 49.90, 48.75

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah berundur dari tahap rintangan 1263.60 baru-baru ini dan ia telah membentuk corak formasi double top dengan tahap neckline di 1245.80. Oleh kerana kedua-dua garisan MA telah membentuk corak silang kematian, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1250.60 akan mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya ke tahap neckline selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1257.55, 1263.60

Tahap sokongan: 1250.60, 1245.80