83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Dolar susut susulan minit mesyuarat FOMC dan pelan tarif Trump.

Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.12% ke 93.79 semasa penulisan berlatarbelakangkan minit mesyuarat FOMC yang dovish serta pelan tarif kenderaan Trump yang telah memberi tekanan ke atas dolar. Semalaman, FOMC di dalam minit mesyuarat menegaskan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar kewangan dengan lebih agresif oleh kerana kadar inflasi di atas sasaran 2% boleh membantu mengukuhkan pertumbuhannya bagi jangka masa yang lebih panjang. Sementara itu, pegawai pentadbiran dan eksekutif industri mengulas bahawa Presiden AS Donald Trump dan pentadbirannya akan menggunakan undang-undang negara bagi mengenakan tarif ke atas kenderaan import ke dalam AS. Tindakan tersebut telah mencetuskan kebimbangan terhadap perang perdagangan berskala global di dalam kalangan para pelabur. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menjunam sebanyak 0.67% ke $1.3355 selepas data Consumer Price Index (CPI) memberikan bacaan yang lebih lemah daripada ramalan dengan 2.4% berbanding 2.5% untuk bulan April. Data tersebut telah mengurangkan prospek para pelabur ke atas Bank Pusat England untuk meningkatkan kadar faedah mereka di dalam tempoh masa yang terdekat.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.15% ke $71.63 setong selepas OPEC menyeru untuk meningkatkan pembekalan mereka berikutan dengan paras pengeluaran minyak dari Venezuela yang makin menurun. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.20% ke $1,294.00 se troy auns berikutan dengan risiko geopolitik yang berpunca dari pelan tarif Trump.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

16:00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

16:15                     USD                                        FOMC Member Dudley Speaks

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

22:35                     USD                                        FOMC Member Bostic Speaks

Tentative (Fri)        GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

02:00 (Fri)             USD                                        FOMC Member Harker Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q1) 0.3% 0.3%
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Jun) 10.8 10.8
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Apr) -1.2% 0.7%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 222K 220K
22:00 USD – Existing Home Sales (Apr) 1.1%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3330. Garisan isyarat MACD yang memaparkan kelemahan yang berlanjutan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugia ke tahap sokongan di 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3450

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3270

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.1680. Garisan isyarat MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian bagi menguji balik tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1730, 1.1780

Tahap sokongan: 1.1680, 1.1630

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 110.00. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah tahap sokongan di 109.60.

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.40

Tahap sokongan: 109.60, 109.30

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 71.75. Garisan isyarat MACD yang memaparkan kelemahan dalam momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah paras terendah sebelum tersebut.

 

Tahap rintangan: 71.80, 72.20

Tahap sokongan: 71.20, 70.60

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara mengayun dengan ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD. Justeru, pemecahan daripada salah satu tahap terdekat diperlukan bagi mendapat indikasi mengenai arah pergerakan aset selamat tersebut dalam jangka masa yang terdekat.

 

Tahap rintangan: 1296.30, 1300.50

Tahap sokongan: 1288.60, 1285.30