83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Mei 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam akibat penyusutan kadar T-Bill.

Dolar AS menjunam dengan ketara semasa sesi perdagangan AS pada hari Khamis susulan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi yang berpunca dari ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Sentimen bearish tersebut telah ditingkatkan lagi selepas Markit memaparkan jangkaan data yang suram bagi rantau EU dan AS. Di AS, kedua-dua sektor Pembuatan dan Perkhidmatan memberi bacaan hanya 50.6 dan 50.9, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya iaitu 52.6 dan 53.0 masing-masing. Tambahan pula, New Home Sales bagi bulan April memberi bacaan hanya 673K, tersasar daripada ramalan iaitu 675K. Beberapa set data yang suram ini telah meningkatkan penghindaran risiko diantara para pelabur dan ia telah mengakibatkan kadar hasil bon perbendaharaan 10 tahun untuk mengalami kerugian lebih daripada 4%. Sementara itu, pasangan EUR/USD telah memangkas kerugiannya selepas ia mencecah paras rendah dua tahun di 1.1105 pada semalam. Para pelabur bergiat untuk membeli mata wang tersebut susulan dengan penyusutan pada dolar. Namun, keuntungan yang dialami oleh mata wang ini adalah terhad oleh kerana keadaan ekonominya adalah masih lemah. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.19% ke 97.67 sementara EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1183.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.10% ke $57.98 setong. Harga minyak menjunam secara mendadak selepas data ekonomi yang bearish telah meningkatkan kekhuatiran terhadap kemelesetan global dan ia boleh mengurangkan permintaan bagi komoditi tersebut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,284.05 se troy auns susulan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Apr) 1.1% -0.3%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) 0.2% 0.2%
01:00

(25hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 802

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 97.65.

 

Tahap rintangan: 97.95, 98.60

Tahap sokongan: 97.65, 97.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2630. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2790

Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1220

Tahap sokongan: 1.1155, 1.1125

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 109.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.80, 110.10

Tahap sokongan: 109.40, 109.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6915, 0.6955

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6860

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6540, 0.6570

Tahap sokongan: 0.6500, 0.6450

 


USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3490. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3490, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0020. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0090, 1.0200

Tahap sokongan: 1.0020, 0.9965

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di paras bawah.

 

Tahap rintangan: 60.85, 63.45

Tahap sokongan: 57.30, 54.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1285.80.

 

Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65

Tahap sokongan: 1280.00, 1275.30