24 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Penampilan aset selamat meningkat, perang perdagangan tumpuan utama.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah didagang secara rata di paras 97.68 selepas ia berundur dari paras tertinggi 2 tahun pada semalam akibat daripada aktiviti perniagaan dan data perumahan yang suram. Namun, sentimen negatif terhadap aset yang berisiko telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran safe-haven seperti Yen dan emas dan mencetuskan permintaan yang tinggi bagi kedua-dua aset tersebut. Bagi beberapa minggu yang lepas, pasaran FX telah dijejaskan oleh isyarat yang bercampuran dari perang perdagangan AS-China yang mengakibatkan penambahan tarif diantara dua negara tersebut serta meningkatkan ketidakpastian di dalam pasaran dan meningkatkan penampilan dolar. Tambahan pula, kebuntuan Brexit yang memburukkan sentimen pasaran Zon Eropah serta ketegangan perang perdagangan yang berterusan telah menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan pelaburan mereka di dalam pasaran aset selamat sementara menunggu isyarat yang selanjutnya. Pasangan USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.06% ke 109.56 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.74% ke $58.65 setong selepas ia mencatat kerugian yang terbesar bagi tahun 2019 dengan kerugian lebih daripada 6% pada semalam. Sentimen pasaran minyak kekal suram di tengah-tengah peningkatan inventori minyak di AS yang dilaporkan oleh API dan EIA. Selain itu, kebimbangan penyusutan permintaan terhadap minyak akibat dengan ketegangan perang perdagangan serta kebimbangan kemelesetan ekonomi global telah melanjutkan momentum bearish bagi harga minyak. Bagi pasaran emas, aset selamat tersebut telah meningkat sebanyak 0.04% ke $1283.65 se troy auns akibat dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.1% | -0.3% | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) | 0.2% | 0.2% | – |
| 01:00
(25hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 802 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 97.70. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.70, 97.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2705.
Tahap rintangan: 1.2705, 1.2795
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1175. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan 1.1175.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1145

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 109.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 109.90.
Tahap rintangan: 109.90, 110.25
Tahap sokongan: 109.55, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6900. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6865.
Tahap rintangan: 0.6900, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6825

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6525. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6475.
Tahap rintangan: 0.6525, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6475, 0.6420

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji semula pada tahap rintangan di 1.3475. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.3415.
Tahap rintangan: 1.3475, 1.3520
Tahap sokongan: 1.3415, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.0050. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan 1.0050.
Tahap rintangan: 1.0050, 1.0080
Tahap sokongan: 1.0005, 0.9965

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 58.10. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 60.10.
Tahap rintangan: 60.10, 61.20
Tahap sokongan: 58.10, 56.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1279.10.
Tahap rintangan: 1289.40, 1294.15
Tahap sokongan: 1279.10, 1272.80