83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat selepas siling hutang ditingkatkan.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada semalam selepas Presiden AS Donald Trump dan Kongres mencapai konsensus untuk meningkatkan siling hutang yang boleh mengurangkan kekhuatiran terhadap risiko kemungkiran kerajaan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.45% ke 97.35 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Perjanjian tersebut yang dibentangkan oleh ahli Demokratik Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin akan meningkatkan siling hutang sehingga ke pertengahan tahun 2021. Perjanjian tersebut akan menghasilkan perbelanjaan baru yang berjumlah beratus-ratus bilion dolar dan ia bakal mengurangkan risiko fiskal dari Washington untuk lebih daripada dua tahun. Namun, bajet tersebut serta pemotongan cukai telah meningkatkan kekhuatiran pasaran terhadap kekurangan disiplin fiskal di AS. Sementara itu, kenaikan pada dolar AS adalah terhad susulan dengan pembebasan data perumahan yang suram. Bagi bulan Jun, Existing Home Sales memberi bacaan hanya 5.27 juta unit, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 5.35 juta unit. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu sehingga pembebasan data GDP bagi suku kedua bagi memperoleh isyarat yang lebih lanjut. Bagi rantau yang lain, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.01% ke 1.1151. Euro telah mengalami penjualan yang ketara pada semalam sementara para pelabur menghindari pasaran tersebut sebelum mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari esok. Kebanyakan para pelabur menjangkakan ECB untuk menukar garis panduan dasar kewangan serta memberi isyarat kepada pemotongan kadar faedah pada lewat tahun ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $57.10 setong. Harga minyak menerima sokongan menaik selepas American Petroleum Institute (API) melaporkan penurunan pada stok minyak AS sebanyak -10.961 juta tong pada minggu lepas. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu pembebasan keputusan rasmi dari Energy Information Administration untuk memperoleh isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.04% ke $1,417.05 se troy auns selepas peningkatan dolar menurunkan penampilan aset ini kepada pemegang mata wang yang lain.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

Tentatif (25hb)                     GBP                        UK Prime Minister May Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Jul) 45.0 45.1
22:00 USD – New Home Sales (Jun) 626K 659K
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -3.116M -4.011M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 97.05. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.50.

 

Tahap rintangan: 97.50, 98.20

Tahap sokongan: 97.05, 96.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.2450. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2400.

 

Tahap rintangan: 1.2450, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2350

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1150. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.1150.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1150, 1.1110

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.25. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 108.25.

 

Tahap rintangan: 108.25, 108.50

Tahap sokongan: 107.70, 107.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6960.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7040

Tahap sokongan: 0.6960, 0.6900

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.6710. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6655.

 

Tahap rintangan: 0.6710, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3060, 1.3010

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.9890.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 57.25. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 57.25, 58.85

Tahap sokongan: 55.70, 55.00

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1415.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1415.00.

 

Tahap rintangan: 1423.00, 1435.00

Tahap sokongan: 1415.00, 1402.50