83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Dolar A.S. mengukuh menjelang Simposium Jackson Hole.

                Dolar A.S. melantun dari kerugiannya pada hari Khamis manakala para pelabur menunggu acara Simposium Jackson Hole yang bakal diadakan pada hari ini. Indeks dolar menokok sebanyak 0.03% dan disebut niaga berhampiran 93.06. Semalaman, dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ketidakpastian politik di Washington meningkat. Permintaan bagi mata wang selamat disegarkan selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk menutup kerajaan sekiranya Kongres Negara tidak membiayai pembinaan tembok sempadan berhampiran dengan Mexico. Kenyataan demikian diberikan menjelang ucapan dari Pengerusi Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi dan Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) Janet Yellen di dalam simposium dua hari tersebut. Walaubagaimanapun, Draghi dijangka untuk tidak memberikan isyarat yang baru mengenai pendekatan dasar kewangan mereka bagi mengelakkan kenaikan pada Euro baru-baru ini selepas ECB menyatakan kebimbangan mereka terhadap lonjakannya dan kesan kepada ekonomi zon tersebut. Juga menimbang pada dolar A.S. adalah kenaikan Euro akibat daripada data sektor pembuatan dan perkhidmatan yang optimistik serta data sektor perumahan A.S. yang lebih suram.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.08% ke $48.37 sementara masih disokong oleh pengurangan yang besar di dalam stok minyak A.S. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak mentah bagi minggu lalu telah susut sebanyak 3.3 juta tong sambil mencatat penurunan bagi minggu kelapan berturut-turut. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,289.25 sambil didagang di dalam lingkungan yang ketat menjelang Jackson Hole.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                     Acara

Tentative                  USD                                        Jackson Hole Symposium

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q2) 0.3% 0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 232K 238K
22:00 USD – Existing Home Sales (Jul) 5.52M 5.57M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1.2790. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan bias menurun kepada GBPUSD selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2790.

 

Tahap rintangan: 1.2850, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2720

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1820 sambil membentuk formasi double top. MACD histogram yang mula memaparkan negative divergence mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 1.1780.

 

Tahap rintangan: 1.1820, 1.1845

Tahap sokongan: 1.1780, 1.1750

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 108.90. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) bakal mencadangkan USDJPY untuk menaik selanjutnya dan menguji di tahap rintangan 109.50.

 

Tahap rintangan: 109.50, 110.10

Tahap sokongan: 108.90, 108.30

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menyempit. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias menurun bagi jangka pendek untuk harganya menurun ke arah sasaran berikut di 47.95.

 

Tahap rintangan: 48.40, 48.90

Tahap sokongan: 47.95, 47.40

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1287.85 akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian jangka pendek dan menuju ke paras bawah segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1292.75, 1296.50

Tahap sokongan: 1287.85, 1283.90