83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. susut susulan spekulasi Powell sebagai Pengerusi Fed.

Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan enam mata wang utama yang lain selepas ia susut sebanyak 0.19% ke 93.59 susulan dengan spekulasi pasaran terhadap pelantikan Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) yang akan datang di mana Presiden Donald Trump telah memberi isyarat untuk mengumumkannya tidak lama lagi. Beberapa calon yang kini mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dilantik adalah Pengerusi Fed Janet Yellen, Gabenor Fed Jerome Powell dan ekonomis Universiti Stanford John Taylor. Namun, pasaran kewangan membuat spekulasi bahawa Powell adalah berkemungkinan lebih tinggi untuk dilantik dan ia telah mencetuskan kelemahan pada dolar hari ini. Secara ringkasnya, Powell adalah bersifat kepada pendirian yang dovish atau pesimis dan ini boleh menjejaskan harapan pasaran yang menginginkan kenaikan kadar faedah yang lebih kerap pada jangka masa yang lebih panjang. Semalaman, dolar A.S. ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan Yen Jepun dengan USD/JPY meningkat sebanyak 0.14% ke 113.69 selepas Perdana Menteri Shinzo Abe memenangi pilihanraya pada hari Ahad dan ia memberi harapan kepada para pelabur bahawa Bank Pusat Jepun (BoJ) akan meneruskan langkah dasar kewangan yang longgar untuk jangka masa yang lebih panjang.

 

Bagi aspek komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 3 cents ke $51.89 setong selepas ia disokong oleh penyusutan pembekalan minyak dari wilayah selatan Iraq yang telah menurun sebanyak 110,000 tong sehari di dalam bulan ini. Selain itu, harga emas berayun berhampiran $1,281.75 sementara para pelabur memantau pelantikan Pengerusi Fed yang akan datang.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 60.6 60.0
16:00 EUR – Manufacturing PMI (Oct) 58.1 57.8
16:00 EUR – Markit Composite PMI (Oct) 56.7 56.5
16:00 EUR – Services PMI (Oct) 55.8 55.7
21:45 USD – Manufacturing PMI (Oct) 53.1 53.6
21:45 USD – Markit Composite PMI (Oct) 54.8
21:45 USD – Services PMI (Oct) 55.3 55.6
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -7.310M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3140. Pembentukan lilin engulfing dan garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya ke tahap rintangan 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3070


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1735. Pembentukan lilin pin bar dan MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya ke tahap rintangan 1.1785.

 

Tahap rintangan: 1.1785, 1.1825

Tahap sokongan: 1.1735, 1.1680


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 113.55. Pembentukan isyarat negative divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke sasaran pertama di 113.15.

 

Tahap rintangan: 113.55, 114.30

Tahap sokongan: 113.15, 113.00

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 51.65. Namun, kekurangan momentum yang ditunjuk oleh garisan isyarat MACD dan corak lilin memberi cadangan untuk menunggu pemecahan bagi melihat arah aliran jangka pendek yang lebih teliti.

 

Tahap rintangan: 52.50, 53.70

Tahap sokongan: 51.65, 51.25


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1283.40. MACD histogram yang mula untuk susur ke bawah mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1278.40.

 

Tahap rintangan: 1283.40, 1290.45

Tahap sokongan: 1278.40, 1273.95