24 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar mendatar, sentimen pasaran bertukar bearish.
Dolar AS telah berundur dari paras tinggi dua bulannya pada semalam berikutan dengan penghindaran risiko yang telah meningkatkan permintaan bagi aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Selain itu, dolar juga menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas pound sterling melantun dari paras bawahnya. Mata wang tersebut menerima sokongan bullish selepas laporan mendapati bahawa EU berkemungkinan untuk mengemukakan pelan Kesatuan Khas bagi seluruh UK kepada Perdana Menteri Theresa May di dalam usaha untuk mencapai perjanjian Brexit. Namun, keuntungan pada sterling adalah terhad selepas beberapa para penganalisis berpendapat bahawa ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai perjanjian tersebut walaupun EU sudi untuk mengemukakan pelan bagi menyelesaikan masalah di sempadan Ireland. Bagi rantau yang lain, dolar Kanada telah melanjutkan keuntungannya pada semalam sementara para pelabur menunggu keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Kanada. Walaupun bank tersebut di dalam jangkaan meluas untuk meningkatkan kadar faedah mereka, para pelabur akan memberi tumpuan kepada kenyataan dan sidang media bagi melihat keyakinan bank tersebut terhadap perkembangan ekonomi Kanada. Semasa penulisan, indeks dolar didagang secara tipis berhampiran 95.63, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.01% ke 1.2984 sementara pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.03% ke 1.3082.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 1.58% ke $66.28 setong pada pagi tadi. Sentimen terhadap komoditi ini telah bertukar bearish selepas Arab Saudi mengumumkan untuk meningkatkan kapasiti pembekalan minyak mereka bagi membendung kekurangan stok akibat daripada sanksi ke atas Iran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1,231.23 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BoC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Oct) | 53.7 | 53.5 | – |
| 16:30 | GBP – Gross Mortgage Approvals | 39.4K | 39.0K | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Sep) | 629K | 630K | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.50% | 1.75% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 6.490M | 3.694M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 95.75.
Tahap rintangan: 95.75, 96.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah sasaran 1.2980.
Tahap rintangan: 1.3015, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2980, 1.2955

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1485, 1.1540
Tahap sokongan: 1.1445, 1.1385

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Walaupun MACD telah memaparkan isyarat bullish, pemecahan pada 112.45 adalah diperlukan untuk mengesahkan bias menaik tersebut.
Tahap rintangan: 112.45, 112.70
Tahap sokongan: 112.15, 111.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di 0.7090. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas sasaran 0.7090.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7045, 0.7000

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6610
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 1.3080. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3010.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3115
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Pembentukan isyarat silang emas dari MACD baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9975, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 66.10. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 67.35, 68.55
Tahap sokongan: 66.10, 64.90

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1230.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1238.35, 1248.00
Tahap sokongan: 1230.00, 1221.00