24 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut akibat ketegangan politik.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa sesi dagangan awal Asia di tengah-tengah ketegangan politik yang timbul dari negara AS. Pada hujung minggu yang lalu, Presiden AS Donald Trump telah mengancam untuk memecatkan Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell selepas Powell menaikkan kadar walaupun keputusan tersebut adalah bertentangan dengan pendapat Trump. Kemudian pada hari itu, ketua budiman White House Mick Mulvaney telah mengatakan bahawa Trump menyedari beliau tidak dapat memecatkan Powell dan ketegangan antara Presiden dan Fed adalah sebahagian daripada sistem sejak masa yang lalu. Selain itu, lanjutan penutupan kerajaan AS yang akan diteruskan kepada 3hb Januari, di mana Parti Demokrat akan menggantikan parti Republikan dari Dewan Perwakilan ketika kongres baru telah memburukkan sentimen terhadap dolar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.12% ke 96.30 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan USD/CAD telah menurun sebanyak 0.21% ke 1.3570 selepas mencecah paras tinggi 18 bulan akibat data yang bercampuran di Kana pada Jumaat lepas. GDP Kanada mempunyai bacaan sebenar sebanyak 0.3%, lebih tinggi berbanding dengan ramalannya sebanyak 0.2% manakala data Core Retail Sales sebanyak 0.0% adalah lebih rendah berbanding dengan ramalannya sebanyak 0.3%. Tambahan pula, momentum bullish pasangan ini juga didorong oleh kejatuhan harga minyak mentah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.55% ke $46.05 selepas menjunam ke paras rendahnya pada Jumaat lepas. Pada hujung minggu lepas, data US Baker Hughes Oil Rig Count telah melaporkan penambahan sebanyak 10 pelantar minyak dan ini telah mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap kelebihan bekalan di dalam pasaran. Namun, ketegangan pasaran telah menyusut menjelang musim perayaan. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.52% ke $1262.10 se troy auns akibat penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.30. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.00.
Tahap rintangan: 96.30, 96.60
Tahap sokongan: 96.00, 95.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara berkekal di dalam saluran sisi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2660. MACD yang memaparkan permulaan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah paras tinggi saluran sisi berdekatan 1.2700.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2740
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1365. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1400.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1435
Tahap sokongan: 1.1365, 1.1325

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 110.90. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.35, 111.65
Tahap sokongan: 110.90, 110.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7070. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7040, 0.7000

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6730. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6700.
Tahap rintangan: 0.6700, 0.6800
Tahap sokongan: 0.6730, 0.6700

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3580. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3540.
Tahap rintangan: 1.3580, 1.3625
Tahap sokongan: 1.3540, 1.3500

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9925. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9965, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9925, 0.9875

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 45.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 47.00.
Tahap rintangan: 47.00, 48.05
Tahap sokongan: 45.50, 44.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1262.90. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilin di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1262.90, 1267.00
Tahap sokongan: 1258.00, 1254.30