25 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar berkekal mantap di tengah-tengah data perumahan yang baik, Yen kukuh.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan mantap berikutan dengan pembebasan data Existing Home Sales sebanyak 5.51M, melebihi jangkaannya sebanyak 5.10M. Berikutan dengan penyusutan data perumahan selama dua bulan berturut-turut, lantunan dalam penjualan rumah telah mencetuskan sentimen yang positif bagi dolar selepas ia ditekan oleh kenyataan FOMC yang dovish. Pada minggu lepas, kenyataan FOMC termasuk pembatalan pelan mereka untuk menaikkan kadar pada tahun ini serta menyempitkan jumlah sekuriti matang daripada $4.5 trilion ke $4 trilion. Kenaikan dolar juga dihadkan oleh data pembuatan dan perkhidmatan suram yang melanjutkan kebimbangan para pelabur terhadap penyusutan dalam ekonomi AS. Tambahan pula, hasil bon kerajaan yang terbalik telah memaparkan isyarat kemerosotan ekonomi dan menambah buruk sentimen bagi dolar serta menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan bagi pelaburan mereka di dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.10 manakala pasangan USD/JPY telah menurun sebanyak 0.13% ke 109.75 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.83% ke $58.42 setong walaupun dengan data US Baker Hughes Oil Rig Count yang melaporkan pengurangan sebanyak 9 bilangan pelantar minyak pada minggu lepas. Walaupun harga minyak kekal disokong oleh usaha OPEC yang berterusan dalam pemotongan pembekalan dan juga sekatan terhadap minyak Venezuela dan Iran, peningkatan kebimbangan terhadap penyusutan dalam ekonomi AS telah meningkatkan kemungkinan pengurangan permintaan terhadap minyak. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada keputusan perang perdagangan di antara AS dan China yang bakal membawa impak yang besar kepada pasaran minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1314.35 se troy auns susulan dengan kebimbangan penyusutan ekonomi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
14:30 JPY BOJ Board Member Harada Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 98.5 | 98.7 | – |
| 05:45 (26hb) | NZD – Trade Balance (MoM) (Feb) | -914M | -200M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.20. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 95.70.
Tahap rintangan: 96.20, 96.40
Tahap sokongan: 95.70, 95.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3215. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3130.
Tahap rintangan: 1.3215, 1.3295
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3065

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1295. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1195.
Tahap rintangan: 1.1295, 1.1405
Tahap sokongan: 1.1195, 1.1085

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 109.70. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.10, 110.85
Tahap sokongan: 109.70, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7095. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7050.
Tahap rintangan: 0.7095, 0.7120
Tahap sokongan: 0.7050, 0.7005

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6865. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, lantunan atau pemecahan dari tahap sokongan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6895, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6840

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3390. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3460.
Tahap rintangan: 1.3460, 1.3540
Tahap sokongan: 1.3390, 1.3345

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9930. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9965.
Tahap rintangan: 0.9965, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9895

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 59.05. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 58.25.
Tahap rintangan: 59.05, 59.70
Tahap sokongan: 58.25, 56.80

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1315.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1315.00.
Tahap rintangan: 1315.00, 1323.00
Tahap sokongan: 1308.15, 1300.25