83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 April 2017                       Analisis Harian

 

Euro mendekati paras tinggi sesi, fokus pada pusingan kedua.

Dolar A.S. telah melantun pada sesi Asia hari Selasa manakala para pelabur memberikan tumpuan mereka kepada perkembangan selanjutnya di semenanjung Korea selepas pesawat ketua kumpulan pertempuran USS Carl Vinson mendekati Lautan Jepun. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.06% ke 98.97 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Di rantau lain, euro telah susut dari paras tinggi 5½ bulan pada hari ini namun masih berlegar berdekatan dengan paras tinggi sesi selepas para pelabur membeli mata wang tersebut dalam isi padu yang tinggi berikutan dengan keputusan pilihan raya Perancis yang berada di dalam jangkaan. Kedua-dua calonnya, Emmanuel Macron dan Marine Le Pen akan mara ke pusingan kedua pilihan raya yang dijadualkan pada 7hb Mei. Sebelumnya, euro telah meningkat lebih daripada 1% pada hari Isnin selepas kemenangan Macron ke atas Le Pen yang terkenal dengan pendirian anti-EU dan bantahan ke arah globalisasi.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun semasa sesi Asia dan meningkat sebanyak 0.41% ke $49.43 manakala para pelabur akan memberi tumpuan mereka kepada jangkaan data inventori minyak mentah di Amerika Syarikat. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.12% ke $1,274.33. Para pelabur akan meneruskan pemerhatian mereka ke atas sebarang risiko geopolitik dan ketidaktentuan yang muncul di seluruh dunia.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     AUD                    ANZAC Day

All Day                     NZD                    ANZAC Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Apr) 125.6 122.5
22:00 USD – New Home Sales (Mar) 592K 583K
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -0.840M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras bawah saluran di 1.2770. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan dari paras ini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam saluran sisi tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2810, 1.2845, 1.2905

Tahap sokongan: 1.2770, 1.2735

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam lingkungan dagangan diantara 1.0830 dan 1.0875 selepas ia berundur dari paras atas lingkungan tersebut. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah lingkungan di 1.0830. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0875, 1.0920

Tahap sokongan: 1.0830, 1.0795

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-moving average (hijau) di 109.65. Merujuk kepada isyarat menurun dari MACD histogram yang masin menyempit dan menuju ke atas, USDJPY dicadangkan untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 110.00.

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.35

Tahap sokongan: 109.65, 109.35

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari paras tengah saluran baru-baru ini. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan harga minyak untuk menaik selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 49.70, 50.20

Tahap sokongan: 49.10, 48.65

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji berdekatan dengan tahap sokongan 1274.00. Penutupan niaga di bawah paras tersebut akan mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan 1267.40.

 

Tahap rintangan: 1282.15, 1295.35

Tahap sokongan: 1274.00, 1267.40