83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 April 2018                       Analisis Harian

 

Dolar AS susut selepas hasil bon AS berundur.

Indeks dolar berundur dari paras tinggi dua bulan selepas ia mencatat kerugian sebanyak 0.13% ke paras 90.52 berlatarbelakangkan penyusutan pada kadar hasil bon AS dan pembebasan data ekonomi yang memberikan pandangan bercampuran. Semalaman, data jualan rumah baru telah mencatat pertumbuhan sebanyak 4.0% ke 694,000 unit, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat hanya 1.9% ke 625,000 unit. Sementara itu, Indeks Keyakinan Pengguna dari Conference Board (CB) melaporkan peningkatan sebanyak 1.7 ke 128.7 berbanding dengan ramalan untuk susut ke paras 126.0. Namun, keuntungan yang dicapai oleh dolar telah dipangkas selepas data indeks sektor pembuatan dari Richmond tersasar daripada ramalan dengan bacaan hanya 15 berbanding dengan 16. Tambahan pula, penyusutan kadar hasil bon AS bagi 10 tahun yang berundur dari tahap psikologi 3% juga telah memberikan tekanan menurun yang lebih lanjut ke atas dolar.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.40% ke $67.65 setong selepas spekulasi para pelabur ke atas AS untuk mengenakan sekatan baru pada Iran makin menyusut susulan dengan konsensus yang dicapai oleh AS dengan Perancis untuk melanjutkan perjanjian nuklear Iran sehingga ke tahun 2025. Sebaliknya, harga emas memulih sebanyak 0.66% ke $1,328.39 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar. Namun, keuntungan yang dicapai oleh aset selamat tersebut adalah terhad berikutan dengan sentimen optimistik pasaran terhadap Bank Pusat AS untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah dengan lebih kerap bagi tahun ini.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   AUD/NZD              ANZAC Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

04:15 (Thu)           CAD                       BoC Gov Poloz Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.071M -1.429M
22:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories -2.968M -0.227M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3960. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah untuk menguji paras tertinggi sebelum itu.

 

Tahap rintangan: 1.4020, 1.4090

Tahap sokongan: 1.3960, 1.3910

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.2240. Penyusutan momentum bullish yang dipaparkan oleh MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke zon sokongan di sekitar paras Fibonacci 38.2.

 

Tahap rintangan: 1.2240, 1.2290

Tahap sokongan: 1.2160, 1.2050

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari garisan trend pada saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 109.10.

 

Tahap rintangan: 109.10, 109.70

Tahap sokongan: 108.50, 108.10

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 68.40. MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan di 67.70.

 

Tahap rintangan: 68.40, 69.00

Tahap sokongan: 67.70, 67.20

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1327.50. Namun, penurunan momentum bullish oleh MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1327.50.

 

Tahap rintangan: 1334.30, 1338.80

Tahap sokongan: 1327.50, 1321.60