83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak akibat penjualan mata wang utama lain.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya sambil mencecah paras yang tertinggi di dalam hampir dua tahun berikutan dengan penurunan nilai mata wang utama yang lain seperti euro dan pound sterling. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.43% ke 97.74, paras yang tertinggi semenjak 18hb Mei 2017. Bagi pasaran UK, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.35% ke 1.2905 berikutan dengan perkembangan politik yang bearish. Ahli Konservatif telah membantah cadangan untuk menggubal undang-undang yang boleh memaksa perletakkan jawatan PM Theresa May. Cadangan tersebut telah dikemukakan selepas laporan mendapati bahawa rundingan Brexit beliau bersama pemimpin parti pembangkang Jeremy Corbyn telah bertemu dengan kebuntuan. Berikutan dengan risiko politik dan Brexit yang lebih tinggi, para pelabur telah menjual sterling untuk mata wang utama yang lain. Sementara itu, pasangan EUR/USD merosot sebanyak 0.58% ke 1.1157 berikutan dengan data yang suram dari Jerman. Menurut kepada laporan, Ifo Business Climate Index dari Jerman telah memberi bacaan hanya 99.2, lebih rendah daripada jangkaan iaitu 99.9. Data serta beberapa laporan ekonomi terdahulu memaparkan bahawa momentum ekonomi di dalam zon EU telah merosot dengan ketara.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.06% ke $65.65 setong semasa sesi dagangan Asia. Harga minyak gagal untuk meningkat dengan lebih lanjut selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan bahawa stok minyak di AS telah meningkat sebanyak 5.48 juta tong bagi minggu lepas. Stok AS telah meningkat untuk kali ke-4 di dalam 5 minggu dan ia mencadangkan bahawa permintaan pasaran adalah sederhana sementara pembekalan serantau makin meningkat. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1,274.87 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Sehari                    AUD                       ANZAC Day

Sehari                    NZD                        ANZAC Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Tentatif                 JPY                          BoJ Monetary Policy Statement

Tentatif                 JPY                          BoJ Outlook Report

Tentatif                 JPY                          BoJ Press Conference

16:00                     EUR                        ECB Economic Bulletin

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
Tentatif JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
18:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders (Apr) 1 3
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) -0.1% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 192K 199K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kenaikannya susulan dengan pemecahan di paras 97.65. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 98.60.

 

Tahap rintangan: 98.60, 100.15

Tahap sokongan: 97.65, 96.85

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2805.

 

Tahap rintangan: 1.2900, 1.3000

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2670

 

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara ia telah memecahkan tahap sokongan di 1.1200 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1100.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1100, 1.0960

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 112.20. MACD yang telah membentuk silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 112.20.

 

Tahap rintangan: 112.20, 112.80

Tahap sokongan: 111.75, 111.45

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6990. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6990.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6885

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6580. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3485. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3530.

 

Tahap rintangan: 1.3530, 1.3575

Tahap sokongan: 1.3485, 1.3435

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0190. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.0265.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0310

Tahap sokongan: 1.0190, 1.0100

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 66.00. MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 66.00, 67.65

Tahap sokongan: 64.65, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun dengan lebih lanjut dan menuju ke arah 1267.00.

 

Tahap rintangan: 1275.30, 1284.15

Tahap sokongan: 1267.00, 1253.25