83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Dolar menyusut selepas Fed kekal berwaspada.

                Dolar A.S. telah didagang dengan lebih rendah pada hari Khamis ini selepas minit mesyuarat dari Bank Pusat Amerika Syarikat telah mengecewakan pasaran dollar-bull. Di dalam minit tersebut, sebahagian besar ahli penggubal dasar mencadangkan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendek terlebih dahulu jika prestasi ekonomi kekal di dalam jangkaan yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, sesetengah ahli penggubal berpendapat bahawa mereka perlu berwaspada dalam meningkatkan kadar faedah melainkan data ekonomi menunjukan bahawa kelembapan ekonomi di dalam tempoh kebelakangan ini adalah hanya untuk sementara waktu sahaja. Indeks dolar yang mengukur prestasi dolar terhadap enam mata wang utama yang lain susut sebanyak 0.25% ke 96.88 pada pagi ini. Bagi rantau yang lain, euro telah meneruskan momentum menaiknya sambil berlegar berhampiran dengan paras tinggi enam bulan selepas perhatian pasaran ditumpukan pada Bank Pusat Eropah (ECB). Mata wang tersebut meningkat sebanyak 0.05% ke $1.1225 berbanding dengan dolar A.S. pada awal sesi Asia. Euro telah menikmati aliran menaik sejak awal bulan ini selepas risiko politik di Perancis menyusut manakala prestasi ekonomi di zon Eropah telah bertambah baik. Ia telah meningkatkan spekulasi di pasaran kewangan bahawa ECB berkemungkinan untuk mengurangkan program kelonggaran kuantitatif mereka.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.82% ke $51.78 setong selepas data inventori Amerika Syarikat memberikan prospek yang lebih optimistik. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak mentah bagi minggu lalu telah menurun sebanyak 4.43 juta tong, lebih tinggi berbanding dengan jangkaan untuk menurun hanya 2.4 juta tong. Selain itu, harga emas melantun sebanyak 0.42% ke $1,257.71 selepas minit mesyuarat dari A.S. telah memberikan isyarat pesimis.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     CHF                    Switzerland – Ascension Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative               Crude Oil                OPEC Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q1) 0.3% 0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 232K 238K

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di paras atas saluran tersebut. Kedua-dua garisan MA yang menukar arahnya dan menuju ke atas mencadangkan GBPUSD untuk mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi dalam memecahkan paras atas saluran tersebut dan meningkat selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.2985, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2950

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah mematahkan penurunannya dan melantun dari tahap sokongan 1.1160 sambil menutup niaganya di atas garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana isyarat menurun dari MACD histogram masih menyempit ke atas, EURUSD dicadangkan untuk menaik selanjutnya dan menguji berdekatan dengan tahap rintangan 1.1260.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1345

Tahap sokongan: 1.1160, 1.1070

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Oleh kerana Stochastic Oscillator masih memaparkan isyarat melantun dari paras oversold, penutupan niaga di atas tahap rintangan 111.75 akan mencadangkan USDJPY untuk menaik selanjutnya ke paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.10

Tahap sokongan: 111.45, 111.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di tahap rintangan utama di 51.80 dan paras atas saluran tersebut. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas, ia mencadangkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk memecah keluar dari paras atas saluran tersebut dan menaik selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 51.80, 53.75

Tahap sokongan: 49.10, 47.20

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga tersebut. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya pada jangka pendek dan menuju ke tahap rintangan 1263.00. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1263.00, 1271.00

Tahap sokongan: 1253.80, 1246.00