83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Mei 2023                        Analisis Sesi Petang

 

Kiwi bergerak bertentangan selepas RBNZ menaikkan kadar 25bps.

Dolar New Zealand didagangkan berbanding dolar AS, dan melanjutkan kerugiannya selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) menaikkan kadar tunai rasmi sebanyak 25 mata asas daripada 5.25% ke 5.50%, dalam usaha untuk terus mengawal inflasi. Ahli RBNZ bersetuju untuk menaikkan kadar di tengah-tengah pekerjaan yang jauh melebihi paras mampan maksimum dan inflasi teras akan kekal sehingga kekangan kapasiti kilang semakin berkurangan. Memandangkan kedua-dua data memberikan bukti untuk RBNZ menaikkan kadar, oleh itu langkah pengetatan dijangka secara meluas oleh pelabur. Biasanya, keputusan kadar akan disertakan dengan penyata kadar RBNZ, dan pelabur sedang menunggu penyata RBNZ yang lebih hawkish untuk mendapatkan petunjuk arah masa depan mata wang yang akan memberikan lebih banyak. Namun, projek oleh bank pusat itu lebih dovish daripada jangkaan dan menyebabkan Kiwi jatuh dengan ketara. Bank pusat itu mengunjurkan bahawa akan menjadi pemotongan kadar untuk langkah seterusnya, yang mungkin akan datang lewat tahun depan. Sementara itu, jualan runcit pada bulan April dicatatkan pada -1.4% daripada -1.0% pada suku sebelumnya, mencerminkan isi rumah mengurangkan perbelanjaan mereka. Data jualan runcit jatuh untuk suku kedua berturut-turut kerana tekanan faedah yang lebih tinggi adalah pada keseluruhan aktiviti runcit. Isi rumah New Zealand tersepit dalam kewangan mereka selepas kos sara hidup meningkat. Sehingga penulisan, NZDUSD melanjutkan kerugian sebanyak -0.41% ke $0.6088.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.16% ke $74.22 setong berikutan tekanan yang semakin meningkat daripada dolar yang kukuh. Selain itu, harga emas naik sebanyak 0.01% ke $1957.38 setiap troy auns berikutan ketidaktentuan perbincangan siling hutang AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 2.6% 1.1%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 242K 250K
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) -5.2% 0.5%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 104.45.

 

Tahap rintangan: 104.45, 105.20

Tahap sokongan: 103.75, 102.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2445. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2300.

 

Tahap rintangan: 1.2445, 1.2590

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2145

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0790. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0635.

 

Tahap rintangan: 1.0790, 1.0940

Tahap sokongan: 1.0635, 1.0505

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 139.80.

 

Tahap rintangan: 139.80, 141.60

Tahap sokongan: 138.15, 136.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6525. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6685

Tahap sokongan: 0.6525, 0.6440

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0. 6120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6120, 0.6195

Tahap sokongan: 0.6050, 0.5980

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 1.3685, 1.3785

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3515

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9005. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9090.

 

Tahap rintangan: 0.9090, 0.9180

Tahap sokongan: 0.9005, 0.8925

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 73.20. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 76.05, 79.15

Tahap sokongan: 73.20, 70.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap  rintangan di 1985.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1954.90

 

Tahap rintangan: 1985.50, 2009.10

Tahap sokongan: 1954.90, 1928.15