25 Julai 2017 Analisis Harian
Dolar dipukau berhampiran paras rendah 13 bulan.
Dolar A.S. berlegar berhampiran paras rendah 13 bulan apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain selepas data ekonomi A.S. mengurangkan pesimisme diantara para pelabur terhadap gergasi ekonomi tersebut. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.10% dan disebut niaga berhampiran 93.83. Pada hari Isnin, penyedia perkhidmatan kewangan Markit melaporkan bahawa kedua-dua data kaji selidik bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan memberikan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan untuk bulan Julai. Namun, data yang optimistik tersebut telah diimbangi oleh data perumahan yang lebih suram manakala pergolakan politik di Washington masih berlegar. Kekhuatiran para pelabur makin meningkat terhadap arah tuju dasar dari White House berikutan dengan percubaan gagal dari minggu lepas untuk meluluskan rang undang-undang penjagaan kesihatan. Sentimen tersebut telah dipertingkatkan lagi selepas siasatan mengenai hubungan kempen Presiden Donald Trump dan Rusia dilanjutkan sehingga ke perniagaan beliau. Sebaliknya, euro merosot sebanyak 0.06% ke $1.1637 berbanding dengan dolar A.S. selepas data mencadangkan kelembapan pada pertumbuhan sektor swasta di EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.17% ke $46.42 setong selepas OPEC bersetuju bahawa Nigeria akan menyertai perjanjian mereka untuk mengehad atau memotong kadar pengeluaran mereka manakala Arab Saudi telah berjanji untuk mengehadkan eksport mereka mulai bulan depan. Sebaliknya, harga emas susut sebanyak 0.05% ke $1,253.34 sementara para pelabur memberi fokus kepada mesyuarat dasar kewangan Bank Pusat A.S. bagi mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai kenaikan kadar faedah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Jul) | 115.1 | 114.9 | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jul) | 118.9 | 116.5 | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.628M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan ia telah berundur dari tahap rintangan 1.3060 baru-baru ini. Ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan di 1.3000. Arah aliran jangka panjang masih dicadangkan untuk kekal berayun di dalam saluran menaik melainkan ia memecah keluar dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1.3060, 1.3120
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2915
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap psikologi di 1.1700. Pergerakan harga tersebut mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan EURUSD untuk meneruskan aliran menaiknya.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1370
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 110.60. Namun, penunjuk Stochastic Oscillator yang mula untuk membentuk isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 111.00.
Tahap rintangan: 111.65, 112.30
Tahap sokongan: 111.00, 110.60
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 45.40. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 46.65 akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menguji semula di sasaran berikut iaitu 47.20.
Tahap rintangan: 46.65, 47.20
Tahap sokongan: 46.15, 45.40
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 1252.00. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya dan menguji di paras tinggi 1258.00
Tahap rintangan: 1258.00, 1262.90
Tahap sokongan: 1252.00, 1246.60