83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran bersedia untuk kenyataan dasar dovish ECB.

Mata wang euro telah menjunam berbanding dengan dolar dan pound berikutan dengan pembebasan data yang negatif dari Zon Eropah. Menurut kepada laporan, data Manufacturing PMI dari Jerman dan Perancis telah menjunam ke 43.1 dan 50.0, tersasar daripada jangkaannya sebanyak 45.1 dan 51.6 masing-masing. Terdahulu, Zon Eropah telah menerima tekanan menurun akibat dengan penyusutan pertumbuhan ekonominya yang dipaparkan melalui data ekonomi dari rantau tersebut. Selain itu, penyusutan kadar inflasi Eropah juga tersasar daripada jangkaan ECB dan ketegangan perdagangan serta penyusutan pertumbuhan ekonomi global telah menambah buruk sentimen euro sambil meningkatkan jangkaan para pelabur bahawa ECB akan melanjutkan kelonggaran dasar mereka bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Walaupun ECB dijangka untuk mengekalkan kadar faedah mereka semasa mesyuarat pada hari ini, namun ECB telah mengisyaratkan kelonggaran dasar sebelum ini untuk pemotongan kadar atau menyambung semula program pembelian bon (QE). Isyarat tersebut menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang euro sebelum kenyataan dasar pada hari ini. Dalam berita lain, Korea Utara telah melancarkan dua projektil yang disyaki sebagai peluru berpandu ke arah Laut Timur pada awal pagi. Tindakan tersebut berkemungkinan didorong oleh ketidakpastian mengenai perundingan nuklear diantara AS dan Korea Utara. Ketegangan diantara kedua-dua negara tersebut masih berlegar semenjak Presiden AS Donald Trump melalai dari sidang kemuncak Vietnam pada Februari lalu dan juga pelanggaran komitmen AS untuk menggugurkan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan. Pelancaran peluru berpandu dianggap sebagai ancaman Korea Utara yang ingin menunjukkan bahawa mereka tidak takut pada AS. Isu ini telah meningkatkan ketegangan geopolitik serta menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan perdagangan di dalam pasaran Yen yang selamat. Pasangan EUR/USD dan USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.04% ke 1.1133 dan 0.02% ke 108.15 masing-masing semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan lantunannya sebanyak 0.25% ke $56.02 setong selepas ia mencatatkan kerugian walaupun dengan penurunan dalam inventori minyak AS. Sentimen pasaran minyak kekal bercampuran di tengah-tengah ketegangan di Timur Tengah yang menjejaskan pembekalan minyak global sementara penyusutan pertumbuhan ekonomi global telah menjejaskan permintaan minyak global dalam jangka panjang. Pedagang minyak kini menunggu perkembangan di Timur Tengah bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai penggerakan minyak. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.25% ke $1421.75 se troy auns akibat dengan kekukuhan dolar.

 

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:45                     EUR                      ECB Monetary Policy Statement

20:30                     EUR                      ECB Press Conference

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Jul) 97.4 97.1
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.4% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 216K 220K

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.00. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 97.10.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.00
Tahap sokongan: 97.10, 96.70


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2510. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2440.

 

Tahap rintangan: 1.2510, 1.2595
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2375

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.1125. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 1.1185.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1235

Tahap sokongan: 1.1125, 1.1080

 


 USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 108.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.60, 109.05
Tahap sokongan: 108.15, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6965. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6720. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6650.

 

 

Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6650, 0.6600


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3145. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3095.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3095, 1.3020

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.9840. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9935
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9800


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 56.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap sokongan 1421.40. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1437.95, 1457.10
Tahap sokongan: 1421.40, 1403.15