83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

 

25 Julai 2023                       Analisis Sesi Petang

 

British Pound melanjutkan kerugian pada data PMI yang mengecewakan.

 

Pound Sterling (GBP), yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, jatuh selepas pengumuman PMI yang mengecewakan di UK. Menurut Markit/CIPS, PMI pembuatan UK turun dari 46.5 ke 45.0, lebih rendah daripada ramalan pasaran 46.1 sambil menyegarkan rekod paras terendah dalam 6 bulan. Selain itu, PMI perkhidmatan UK juga turun dari 53.7 ke 51.5, lebih rendah daripada ramalan pasaran 53.0. Kedua-dua data PMI yang lebih lemah daripada jangkaan mewakili bahawa ekonomi UK ditindas oleh harga yang lebih tinggi dan permintaan yang lemah, di mana pelabur takut bahawa senario kemelesetan mungkin menjadi kenyataan. Bukan sahaja keadaan ekonomi UK yang semakin perlahan, keadaan ekonomi global juga semakin perlahan, seperti Eropah, Perancis dan Jerman, yang telah dibuktikan oleh PMI yang lemah. Selain itu, pelabur telah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar daripada Bank of England (BoE), daripada 50 mata asas ke 25 mata asas memandangkan risiko kemelesetan semakin meningkat. Sebaliknya, Indeks Dolar AS bertukar menaik apabila ekonomi AS kekal kukuh walaupun beberapa siri kenaikan kadar telah dilakukan oleh Rizab Persekutuan. Selain itu, menurut Alat CME FedWatch, terdapat hampir 99% pelabur menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan oleh Fed sekali lagi dengan 25 mata asas lagi pada Khamis akan datang. Sehingga berita ini ditulis, GBP/USD meningkat 0.05% kepada 1.2835.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.28% ke $78.90 setong disebabkan pengurangan pengeluaran yang diumumkan sebelum ini oleh Arab Saudi dan Rusia. Selain itu, China sebagai pengimport minyak terbesar, dijangka melaksanakan lebih banyak pakej rangsangan untuk merangsang ekonominya, yang seterusnya akan meningkatkan permintaan minyak. Selain itu, harga emas meningkat 0.40% ke $1962.40 setroy kerana kelemahan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Event Previous Forecast Actual
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Jul) 109.7 111.5

 

 

 

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 100.80. MACD yang menunjukkan isyarat bullish dari momentum bearish ke momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 101.55.

 

Tahap rintangan: 101.55, 102.35

Tahap sokongan: 100.80, 99.80

 

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan di 1.2835. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.3000

Tahap sokongan: 1.2670, 1.2540

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan di 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0835

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 141.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 141.90, 142.90

Tahap sokongan: 140.25, 138.70

 

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6880

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6595

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6280.

 

Tahap rintangan: 0.6280, 0.6380

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6055

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rata di atas tahap sokongan di 1.3110. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan di 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3110, 1.2975

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan di 0.8710. MACD yang memaparkan dari momentum bearish ke momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 0.8710, 0.8855

Tahap sokongan: 0.8545, 0.8360

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan sebelumnya 77.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan 79.70

 

Tahap rintangan: 79.70, 82.55

Tahap sokongan: 77.25, 73.75

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1971.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan 1940.20.

 

Tahap rintangan: 1971.40, 2003.60

Tahap sokongan: 1940.20, 1910.80