83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Pasaran dipukau, ucapan menjadi tumpuan.

Dolar A.S. menokok semasa sesi dagangan yang tipis pada hari Jumaat sementara para pelabur menunggu sepasang ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) dan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB). Indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 93.17 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Kedua-dua ucapan dari Pengerusi Fed Janet Yellen dan Presiden ECB Mario Draghi akan ditumpu oleh para pelabur bagi mendapatkan petunjuk mengenai pendirian dasar kewangan masa depan walaupun kedua-duanya dijangka untuk tidak memberikan bimbingan yang baru di dalam acara malam ini. Namun, kenaikan pada dolar A.S. masih dihadkan selepas National Association of Realtors melaporkan bahawa jualan rumah bagi bulan Julai tersasar daripada ramalan konsensus dengan hanya 5.44 juta unit. Data tersebut dilepaskan selepas US Labour Department menunjukan bahawa bilangan individual yang mendaftar bagi insurans pengangguran pada minggu lalu meningkat di bawah jangkaan dengan hanya 2,000 ke 234,000. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD susut sebanyak 0.03% ke $1.1797 manakala USD/JPY kekal stabil di 109.55.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugian sebanyak 0.61% ke $47.72 selepas ia dijual akibat daripada kebimbangan Taufan Harvey yang boleh memaksa hab penapisan di A.S. untuk ditutup sambil mengurangkan permintaan minyak mentah untuk jangka pendek. Selain itu, harga emas didagang tidak berubah berhampiran $1,286.66 sementara para pelabur menunggu ucapan dari Yellen dan Draghi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

Tentative                USD                                        Jackson Hole Symposium

22:00                     USD                                        Fed Chair Yellen Speaks

03:00                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 0.6% 0.6%
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Aug) 116.0 115.5
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 0.1% 0.4%
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 763

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan tipis berhampiran dengan tahap sokongan 1.2790 berikutan dengan kekurangan momentum menurun di dalam pasangan tersebut. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurunnya mencadangkan ia untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang adalah masih berada di dalam bias menurun.

 

Tahap rintangan: 1.2850, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2720

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD masih menerima tekanan selepas ia berundur sebelum tahap rintangan yang kukuh di 1.1820. Penutupan niaga di bawah garisan 60-MA (hijau) akan mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya dan menguji semula di tahap sokongan 1.1780.

 

Tahap rintangan: 1.1820, 1.1845

Tahap sokongan: 1.1780, 1.1750

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 108.90. Penutupan niaga di atas garisan 60-MA (hijau) akan mencadangkan bias menaik untuk meningkat ke arah 110.10.

 

Tahap rintangan: 110.10, 110.80

Tahap sokongan: 109.50, 108.90

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan 47.95.

 

Tahap rintangan: 47.95, 48.40

Tahap sokongan: 47.40, 47.00

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan ia kini sedang menguji di paras bawahnya. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dari paras bawah dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1287.85, 1295.75

Tahap sokongan: 1283.90, 1279.90