83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 September 2018                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar memulih harganya sebelum acara FOMC.

Dolar AS telah mengukuhkan kedudukannya dengan sekumpulan enam mata wang utama yang lain semasa sesi dagangan Eropah sementara para pelabur menanti keputusan mesyuarat FOMC yang sebahagian besarnya dijangka untuk meningkatkan kadar faedah di dalam minggu ini. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.06% hingga 93.80 semasa penulisan. Bank Pusat AS akan memulakan mesyuarat dasar dua hari mulai hari ini dan ia dijangka untuk meningkatkan kadar faedah untuk kali kelapan sejak lewat 2015. Para peserta pasaran juga menjangkakan satu lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun sementara panduan kenaikan kadar untuk 2019 adalah masih kurang jelas. Sebaliknya, pasangan EUR/USD mengukuhkan kedudukannya dan meningkat sebanyak 0.09% ke 1.1760 berikutan dengan latar belakang European Central Bank yang kini kelihatan hawkish. Pada semalam, Presiden ECB Mario Draghi mengesahkan pelan mereka untuk menghentikan program pembelian bon yang besar menjelang akhir tahun dan memetik keyakinannya dari pertumbuhan inflasi serta pertumbuhan EU yang mantap.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% ke $72.65 setong semasa sesi Eropah selepas pengeluar minyak mentah menolak panggilan AS untuk menurunkan harga global. Sebaliknya, harga emas telah didagang bercampur-campur di sekitar $1199.50 se troy auns sementara para pelabur menunggu keputusan kadar faedah FOMC pada pagi Khamis minggu ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa     Pasaran                Acara

Sehari    HKD                                        Hong Kong – Sehari selepas Perayaan Pertengahan Musim Luruh

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Sep) 133.4 132.2
04:30 (26th) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.250M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar melantun dari paras rendah sementara menguji pada tahap paras tinggi saluran menurun. Walaupun histogram MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan pada paras atas saluran adalah diperlukan untuk pengesahan bullish yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 94.00, 94.65

Tahap sokongan: 93.40, 93.15

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang dalam segi tiga yang menyempit sementara menguji pada paras atasnya. Oleh kerana isyarat yang berkurangan dari penggerakan harga dan MACD, isyarat yang lebih lanjut adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3200

Tahap sokongan: 1.3100, 1.3055

 

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang dalam saluran menaik susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1730. Histogram MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka pendek selepas penutupan harga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1800, 1.1855

Tahap sokongan: 1.1730, 1.1660

 

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran menaik sementara menguji pada paras atas. Histogram MACD yang menunjuk permulaan isyarat dan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan dari paras atas.

 

Tahap rintangan: 113.05, 113.70

Tahap sokongan: 112.15, 111.40

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah melanjutkan kerugiannya berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan 0.7250. Histogram MACD yang memaparkan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah garisan trend yang menaik.

 

Tahap rintangan: 0.7250, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7210, 0.7170

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 0.6675. Histogram MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan garisan trend menaik.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6540

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2900. Histogram MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan garisan trend menurun dan tahap rintangan 1.2655.

 

Tahap rintangan: 1.2655, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2860

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari paras atas saluran menurun. Histogram MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9680.

 

Tahap rintangan: 0.9680, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9645, 0.9590

 

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran menyempit susulan dengan pengunduran dari paras tinggi. Histogram MACD yang memaparkan formasi silang kematian mencadangkan harga komoditi untuk didagang dengan lebih rendah untuk jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 72.30, 72.90

Tahap sokongan: 71.05, 69.80

 

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam satu saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari garisan 20-MA (merah). Walau bagaimanapun, kekurangan isyarat yang jelas dari formasi lilin dan MACD, isyarat yang lebih jelas adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1207.75, 1218.65
Tahap sokongan: 1194.30, 1184.00