83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar susut berlatarbelakangkan keyakinan pengguna yang suram.

Dolar AS telah mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain selepas data keyakinan pengguna memberikan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.28% ke 97.87 semasa awal sesi Asia. Menurut kepada Conference Board, Indeks Keyakinan Pengguna mengalami penurunan yang terbesar di dalam tempoh 9 bulan bagi September ke paras 125.1. Ia adalah lebih rendah daripada bacaan terdahulu iaitu 134.2 dan ramalan sebanyak 134.1. Jangkaan pengguna terhadap ekonomi AS makin menyusut susulan dengan peningkatan konflik perdagangan dan tarif diantara AS dan China. Selain itu, peningkatan pergolakan politik di Washington juga telah mendorong kepada tekanan menurun pada dolar AS selepas House of Representatives melancarkan siasatan rasmi ke atas PM Donald Trump. Siasatan tersebut dibuka selepas Trump dan sekutunya didakwa dalam menekan pemimpin asing bagi menyiasat lawan politik domestik. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.2493 pada pagi ini. Pound sterling telah meneruskan kenaikannya selepas UK Supreme Court memutuskan bahawa tindakan PM Boris Johnson dalam menggantungkan Parlimen adalah tidak munasabah. Tambahan pula, undian tersebut adalah sebulat suara dan ia menegaskan bahawa tindakan Johnson untuk menggantung Parlimen dari menjalankan fungsi perlembagaannya adalah tanpa alasan yang munasabah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.04% ke $56.84 setong. Niaga hadapan minyak telah menerima tekanan bearish selepas American Petroleum Institute melaporkan peningkatan pada stok minyak bagi minggu lepas sebanyak 1.4 juta tong. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.06% ke $1,531.36 se troy auns akibat daripada pembetulan teknikal.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

10:00                     NZD                      RBNZ Rate Statement

11:00                     NZD                      RBNZ Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
10:00 NZD – RBNZ Interest Rate Decision 1.00% 1.00%
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Oct) 9.7 9.7
22:00 USD – New Home Sales (Aug) 635K 660K
22:30 USD – Crude Oil Inventories 1.058M -0.249M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.95, 98.20

Tahap sokongan: 97.75, 97.40

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2515. MACD yang mula membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2325

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1015. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.1015.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1150

Tahap sokongan: 1.1015, 1.0930

 

USDJPY, Daily:USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.05. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 107.05.

 

Tahap rintangan: 107.60, 108.05

Tahap sokongan: 107.05, 106.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6800. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6705

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 0.612, 0.6300

Tahap sokongan: 0.6290, 0.6250

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9865, 0.9925

Tahap sokongan: 0.9820, 0.9775

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 57.30. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun dan menuju ke arah 55.55.

 

Tahap rintangan: 57.30, 58.70

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 1533.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan keuntungan selepas pemecahan berlaku di 1533.00.

 

Tahap rintangan: 1533.00, 1550.00

Tahap sokongan: 1523.00, 1509.00