83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. masih kukuh sementara Sterling ditekan oleh jangkaan pesimis.

Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.09% ke 93.80 apabila dibandingkan dengan sebakul mata wang utama yang lain. Sentimen pada dolar telah disegarkan selepas pembebasan dua laporan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan. Di A.S., data Manufacturing PMI meningkat ke paras 54.5 berbanding dengan ramalan sebanyak 53.1 sementara data Services PMI pula memberikan bacaan 55.9 berbanding ramalan sebanyak 55.6 bagi bulan Oktober. Kedua-dua data tersebut yang lebih optimistik telah meningkatkan prospek para pelabur terhadap mata wang dolar dan mengurangkan bias pesimis susulan dengan pelantikan pengerusi Bank Pusat A.S. yang akan datang. Terdahulu, pasaran kewangan telah membuat spekulasi bahawa Taylor dan Powell berkemungkinan untuk menggantikan Janet Yellen pada bulan Februari tahun depan. Bagi rantau yang lain, pound sterling menjunam sebanyak 0.48% ke $1.3130 selepas Timbalan Gabenor Bank Pusat England mengulas bahawa kenaikan kadar faedah adalah masih tidak menentu dan ia telah menghamparkan prospek para pelabur terhadap kenaikan kadar buat kali pertama pada bulan depan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.10% ke $52.42 setong selepas American Petroleum Institute (API) menunjukan peningkatan pada inventori minyak di A.S. sebanyak 519,000 tong pada minggu lalu. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.08% ke $1,275.40 se troy auns susulan dengan lantunan dolar A.S. dari paras bawahnya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     CAD                       BoC Monetary Policy Report

22:00                     CAD                       BoC Rate Statement

23:15                     CAD                       BoC Gov Poloz Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – CPI (QoQ) (Q3) 0.2% 0.8% 0.6%
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) 115.2 115.2
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) 0.3% 0.3%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) 0.5% 0.5%
22:00 USD – New Home Sales (Sep) -3.4% -0.9%
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.00% 1.00%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -5.731M

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3140. Penutupan lilinnya di bawah tahap tersebut baru-baru ini mencadangkan ia untuk melanjutkan momentum menurun ke sasaran berikut di tahap sokongan 1.3060.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3060, 1.3020


 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1785. Pembentukan lilin dark cloud cover mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek namun dengan momentum yang lebih tipis oleh kerana isyarat yang lebih lemah dari MACD histogram.

 

Tahap rintangan: 1.1785, 1.1825

Tahap sokongan: 1.1735, 1.1680


 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 113.95. Pembentukan lilin pin bar serta silang kematian dari MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk menurun selanjutnya pada jangka pendek ke paras 113.55.

 

Tahap rintangan: 113.95, 114.30

Tahap sokongan: 113.55, 113.15

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.55. Penunjuk MACD histogram yang masih susur ke bawah mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian pada jangka pendek ke sasaran di 52.20.

 

Tahap rintangan: 52.55, 53.70

Tahap sokongan: 52.20, 51.65


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1279.55. Pembentukan lilin dark cloud cover dan susunan bearish mencadangkan harga emas untuk mempunyai bias menurun ke sasaran berikutnya di tahap sokongan 1273.95.

 

Tahap rintangan: 1279.55, 1283.40

Tahap sokongan: 1273.95, 1268.55