25 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak sementara risiko berlegar.
Dolar AS mengukuhkan kedudukannya berhampiran paras tinggi 9 minggu sementara kenaikan pada mata wang Kanada mengehadkan sebarang kenaikan pada mata wang tersebut. Dari segi AS, Census Bureau telah melaporkan bahawa New Home Sales bagi bulan September telah tersasar daripada jangkaan dengan hanya 553K berbanding ramalan iaitu 627K. Namun, data yang bearish ini gagal untuk mengehadkan kenaikan dolar oleh kerana mata wang yang lain seperti pound sterling dan euro menerima penjualan yang ketara. Bagi UK, para pelabur memberikan sentimen yang negatif terhadap negara tersebut selepas rundingan Brexit berdepan dengan kebuntuan sementara tarikh Brexit bakal menjelang di dalam tempoh lima bulan sahaja. Bagi EU, sentimen para pelabur bertukar suram selepas EU mengambil keputusan untuk membantah pelan bajet Itali berikutan dengan kebimbangan mengenai peningkatan perbelanjaan kerajaan berlatarkan hutang negara yang tinggi. Sebaliknya, dolar Kanada menerima permintaan yang tinggi pada semalam selepas Bank Pusat Kanada (BoC) meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas ke 1.75%. Tambahan pula, BoC telah memansuhkan kenaikan kadar secara “beransur-ansuran” dan ini memberi isyarat bahawa mereka akan mengetatkan dasar dengan lebih agresif bagi masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 96.02 sementara USD/CAD menurun sebanyak 0.16% ke 1.3035.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.21% ke $66.14 setong selepas EIA melaporkan peningkatan pada stok minyak bagi minggu lepas sebanyak 6.346 juta tong berbanding ramalan hanya 3.694 juta tong. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.17% ke $1,236.41 se troy auns susulan dengan ancaman bom ke atas beberapa individual parti Demokratik seperti Barack Obama dan Hillary Clinton.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 103.7 | 103.1 | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 210K | 214K | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) | 0.1% | 0.5% | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | -1.8% | -0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi dua bulan. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.75, 95.50

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2860. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2810

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1385. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1485
Tahap sokongan: 1.1385, 1.1320

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 111.90.
Tahap rintangan: 112.15, 112.45
Tahap sokongan: 111.90, 111.60

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7055. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7055, 0.7000

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6500. MACD yang mula untuk memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6575
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6460

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3115
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9975, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 67.35. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 66.10.
Tahap rintangan: 67.35, 68.55
Tahap sokongan: 66.10, 64.90

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia memecahkan paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1238.35, 1248.00
Tahap sokongan: 1230.00, 1221.00