25 Oktober 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal rata menjelang data-data ekonomi.
Indeks dolar telah susut sebanyak 0.03% ke 95.98 semasa sesi perdagangan awal Eropah sementara para pelabur sedang menunggu data ekonomi US Core Durable Goods dan data Pending Home Sales . Data ekonomi New Home Sales pada semalam yang telah tersasar daripada jangkaan tidak memberi kesan yang nyata terhadap dolar. Secara keseluruhannya, dolar masih meneruskan trend menaik susulan dengan para pelabur menanti sentimen positif dari data-data hari ini untuk meneruskan bias bullish ke atas dolar. Dalam berita lain, permintaan untuk aset selamat seperti Yen Jepun semakin meningkat berikutan dengan ketidakpastian dalam ekonomi AS di mana Demokrat seperti Barack Obama dan Hillary Clinton menerima ancaman bom dan para pelabur kini khuatir akan keganasan politik. Kejadian tersebut telah menyebabkan panik di dalam kalangan para pelabur dan mengakibatkan para pelabur menuju ke pasaran aset yang selamat. Pasangan mata wang USD/JPY menurun sebanyak 0.20% ke 112.00 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.12% ke $ 66.45 setong. Pasaran minyak mentah telah dipengaruhi oleh sentimen negatif di dalam minggu ini kerana para pelabur bimbang bahawa kekurangan bekalan daripada sekatan Iran akan diganti oleh Arab Saudi. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.30% ke $1,237.90 satu auns troy berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi untuk aset selamat di tengah-tengah ketidaktentuan dalam pasaran forex.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 103.7 | 103.1 | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 210K | 214K | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) | 0.1% | 0.5% | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | -1.8% | -0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.30 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.80.
Tahap rintangan: 96.30, 96.60
Tahap sokongan: 95.80, 95.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2905. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.2905, 1.2935
Tahap sokongan: 1.2855, 1.2800

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1385. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1445.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1490
Tahap sokongan: 1.1385, 1.1350

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 112.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 112.40, 112.75
Tahap sokongan: 112.00, 111.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7080. MACD yang memaparkan permulaan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7105
Tahap sokongan: 0.7055, 0.7030

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6500. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6565
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6460

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3065 baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3000.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3115
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9980 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9955.
Tahap rintangan: 0.9975, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9920

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 66.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 67.50.
Tahap rintangan: 67.50, 68.70
Tahap sokongan: 66.10, 64.90

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1238.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1238.50, 1241.75
Tahap sokongan: 1233.50, 1229.35