83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Februari 2018                    Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Februari 26 – Mac 2

Kajian Pasaran (Forex): Februari 19 – 23

Dolar A.S.

Dolar AS telah memangkas kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu sambil didagang secara tipis selepas Bank Pusat AS (Fed) mengulas untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran. Indeks dolar mencatat kenaikan sebanyak 0.16% sambil menutup minggu lalu di paras 89.88.

 

Terdahulu, Fed di dalam minit mesyuarat mengatakan bahawa pertumbuhan gaji serantau adalah masih sederhana selepas ia ditekan dengan produktiviti pekerja yang lebih rendah. Namun, mereka memberi pandangan bahawa perkembangan ekonomi semasa masih bertumbuh dengan pesat selepas ia disokong oleh pasaran buruh yang sihat, kenaikan perbelanjaan perumahan, sentimen para pengguna yang optimisme dan keadaan sektor kewangan yang optimum.

 

Walaupun minit tersebut tidak memberikan pandangan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih kerap, keseluruhan nada yang diambil oleh Fed adalah bersifat agresif dan ia telah meningkatkan jangkaan para pelabur ke atas kenaikan kadar faedah seawal-awalnya pada bulan hadapan. Sebaliknya, kenaikan pada dolar adalah masih terhad susulan dengan penurunan kadar hasil bon kerajaan akibat daripada penyusutan pada harganya baru-baru ini.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.04% sambil menutup niaga di paras 106.79.

 

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan dolar AS selepas ia susut sebanyak 0.21% ke $1.2304. Mata wang tunggal tersebut menerima tekanan untuk dijual selepas para pelabur memberikan keraguan yang lebih tinggi ke atas keputusan pilihanraya di Itali yang bakal berlangsung di dalam tempoh dua minggu.

 

 

GBP/USD

Pound sterling memangkas kerugian seawalnya selepas ia menokok sebanyak 0.15% ke $1.3975 berbanding dengan dolar AS.

 


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Februari 19 – 23

GOLD

Harga emas telah menerima tekanan bearish pada hari Jumaat yang lalu sambil mencatat kerugian mingguan berikutan dengan kekukuhan dolar walaupun Fed menyeru untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran. Harga komoditi tersebut menurun sebanyak $2.18 atau 0.16% ke $1,329.97 se troy auns sementara mencatat kerugian mingguan sebanyak 1.15%.

 

Secara umumnya, harga emas adalah sensitif terhadap kadar faedah yang makin bertambah dan ia boleh meningkatkan kos peluang untuk memegang aset yang tidak berhasil seperti emas . Namun, kerugian yang dialami adalah terhad selepas kadar hasil bon kerajaan AS mengalami kerugian yang mendadak selepas ia mencapai paras tinggi empat tahun pada hari Rabu yang lalu. Sesetengah para penganalisis mengulas bahawa ia adalah permulaan kepada pembetulan teknikal susulan dengan penurunan pada harga bon tersebut baru-baru ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meneruskan keuntungannya pada hari Jumaat yang lalu selepas pembekalan minyak di Libya susut sementara menteri tenaga Arab Saudi memberikan kenyataan yang optimistik. Harga komoditi hitam tersebut meningkat sebanyak 1.52% atau $0.95 ke paras $63.65 setong. Untuk sepanjang minggu lalu, ia telah mencatat keuntungan sebanyak 1.85% selepas mengalami kerugian yang mendadak pada minggu yang sebelumnya.

 

Pada hari Jumaat yang lalu, firma pembekal servis minyak Baker Hughes melaporkan peningkatan pada bilangan pelantar minyak yang aktif sebanyak satu ke paras 799, tahap yang tertinggi sejak 2hb April 2015. Namun, data yang pesimis tersebut telah dibayangi oleh laporan yang menunjukkan penurunan pada pembekalan minyak Libya akibat daripada penutupan pelantarnya yang boleh mengurangkan pembekalan harian sebanyak 70,000 tong.

 

Momentum bullish yang lebih lanjut telah dipacu selepas menteri tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih menyatakan bahawa pasaran minyak mula untuk mengimbangi semula sementara inventori global dijangka untuk susut bagi sepanjang tahun 2018. Kenyataan beliau telah dilepaskan ditengah-tengah pembekalan AS yang makin meningkat dan boleh menjejaskan usaha OPEC untuk menstabilkan harga minyak global melalui pembekuan paras pembekalan harian.

 


 

Pandangan Mingguan: Februari 26 – Mac 2

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada Amerika Syarikat yang bakal melepaskan laporan GDP sementara Pengerusi Fed yang baru, Jerome Powell dijadualkan untuk memberikan kenyataan beliau pada hari Selasa nanti.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Februari 26 – Mac 2

Isnin, Februari 26  

Data

USD – New Home Sales (Jan)

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Selasa, Februari 27  

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Jan)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan)

USD – CB Consumer Confidence (Feb)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

Rabu, Februari 28  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil stock

JPY – Industrial Production (MoM) (Jan)

NZD – ANZ Business Confidence (Feb)

CNY – Manufacturing PMI (Feb)

CNY – Non-Manufacturing PMI (Feb)

EUR – GfK German Consumer Climate (Mar)

EUR – German Unemployment Change (Feb)

EUR – German Unemployment Rate (Feb)

EUR – CPI (YoY) (Feb)

USD – GDP (QoQ) (Q4)

USD – GDP Price Index (QoQ) (Q4)

CAD – RMPI (MoM) (Jan)

USD – Chicago PMI (Feb)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Mac 1  

Data

AUD – Private New Capital Expenditure (QoQ) (Q4)

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Feb)

GBP – Nationwide HPI (MoM) (Feb)

EUR – German Manufacturing PMI (Feb)

EUR – Manufacturing PMI (Feb)

GBP – Manufacturing PMI (Feb)

USD – Core PCE Price Index (YoY) (Jan)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jan)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Personal Income (MoM) (Jan)

USD – Personal Spending (MoM) (Jan)

USD – ISM Manufacturing Employment (Feb)

USD – ISM Manufacturing PMI (Feb)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

 

Jumaat, Mac 2

 

 

Data

JPY – Household Spending (YoY) (Jan)

JPY – National Core CPI (YoY) (Jan)

JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Feb)

EUR – German Retail Sales (MoM) (Jan)

GBP – Construction PMI (Feb)

CAD – GDP (MoM) (Dec)

USD –Michigan Consumer Sentiment (Feb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – FOMC Member Dudley Speaks

GBP – BoE Gov Carney Speaks

GBP – UK Prime Minister May Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Februari 26 – Mac 2

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap psikologi di 90.00. Walaupun MACD histogram memaparkan isyarat menaik yang memberi cadangkan kepada bias bullish, pemecahan dari sasaran 90.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 90.00, 91.30

Tahap sokongan: 88.40, 86.80


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah berundur dari paras tengahnya baru-baru ini. Pergerakan harga tersebut yang seiring dengan isyarat menurun dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek. Secara keseluruhannya, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia berjaya untuk memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3970, 1.4210

Tahap sokongan: 1.3800, 1.3600

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY masih menerima tekanan selepas ia berundur sebelum garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan tersebut yang masih melebarkan jarak ke bawah mencadangkan bias bearish bagi pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah 105.95.

 

Tahap rintangan: 108.40, 109.70

Tahap sokongan: 105.95, 103.35

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia membentuk formasi double top dengan tahap neckline di 1.2270. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Justeru, pemecahan dari sasaran neckline di 1.2270 adalah diperlukan bagi mengesahkan bias tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap 1353.70 sambil membentuk formasi double top. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk menurun selanjutnya sekiranya ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70

Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 60.80. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 63.75.

 

Tahap rintangan: 63.75, 66.65

Tahap sokongan: 60.80, 59.00