83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Februari 2019                                Analisis Sesi Petang

 

Dolar berayun menjelang testimoni Powell.

Indeks dolar didagang dengan berayun berdekatan dengan paras terendah dalam seminggu berikutan dengan kenyataan yang dovish mengenai prospek ekonomi semasa yang disampaikan oleh Ahli FOMC Clarida. Menurut kepada ucapannya, beliau telah menekankan bahawa keputusan untuk memberhentikan sementara kenaikan kadar faedah adalah tindakan yang wajar kerana ia membolehkan ekonomi semasa untuk mencapai kapasiti maksimum bagi pasaran pekerjaan dan kadar inflasi yang menghampiri sasaran Fed. Untuk mengekalkan daya tahan ekonomi, penggubal dasar Fed telah menunjukkan bahawa mereka bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada paras ‘neutral’ sebelum meneruskan rancangan untuk mengetatkan dasar mereka. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada testimoni yang disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai prospek ekonomi dan tindakan dasar kewangan mereka bagi menentukan hala momentum dolar bagi masa yang akan datang. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 96.35 semasa sesi dagangan Asia. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah melonjak sebanyak 0.32% ke 1.3135 selepas Perdana Menteri Theresa May menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarikh akhir Brexit dan mengelakkan situasi Brexit tanpa perjanjian pada bulan depan. Penangguhan tarikh akhir tersebut bakal memberi masa yang lebih mencukupi bagi perundingan antara UK dan EU untuk menyelesaikan isu sempadan Iris.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.36% ke $55.20 setong selepas Presiden Donald Trump menyatakan dalam Twitternya bahawa pihak OPEC harus ‘berehat’ kerana pemotongan bekalan mereka telah menyebabkan peningkatan harga minyak dengan ketara. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.12% ke $1328.90 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     GBP                                        Inflation Report Hearings

Tentative                              GBP                                        UK Prime Minister Theresa May Speaks

23:00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Mar) 10.8 10.8
21:30 USD – Building Permits (Dec) 1.322M 1.290M
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Feb) 120.2 124.7
05:30 (27hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.260M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.45. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.05.

 

Tahap rintangan: 96.45, 96.90

Tahap sokongan: 96.05, 95.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3065. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3205.

 

Tahap rintangan: 1.3205, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3065, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1345. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1390.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1345, 1.1300

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 110.50.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.35

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6875. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan momentum bearishnya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935

Tahap sokongan: 0.6875, 0.6845

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3200. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3260

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

 

USDCHF, H4: USDCHF berkekal rata dalam satu saluran sisi. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 0.9885.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085

Tahap sokongan: 0.9985, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 55.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 54.30.

 

Tahap rintangan: 55.75, 57.50

Tahap sokongan: 54.30, 51.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1325.65. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1340.55.

 

Tahap rintangan: 1340.55, 1353.10

Tahap sokongan: 1325.65, 1315.05