83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 April 2017                       Analisis Harian

 

ECB mungkin mengetatkan dasar, Euro meningkat selanjutnya.

Mata wang zon ekonomi tunggal – Euro telah melanjutkan kenaikannya selepas prospek pelabur masih disokong oleh kemenangan calon centrist Emmanuel Macron semasa pusingan pertama pilihan raya Perancis. Pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.1% ke $1.0938, tidak jauh dari paras tinggi 5½ bulan di $1.0950. Di samping itu, tiga sumber yang rapat dengan Majlis Pentadbiran ECB telah memberitahu Reuters bahawa risiko dari pusing kedua pilihan raya di Perancis yang makin menyusut dan ditambah pula dengan prestasi ekonomi yang bertambah baik, segelintir ahli pembuat dasar melihat skop untuk memberi isyarat pada bulan Jun mengenai kemungkinan untuk mengurangkan rangsangan monetari semasa mereka. Sebaliknya, dolar A.S. diniagakan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain, ditindas oleh pembebasan data ekonomi A.S. yang bercampuran. Indeks dolar didagang dengan tidak berubah berdekatan dengan 98.65 pada awal sesi perdagangan Asia.

 

Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meneruskan kerugiannya selepas ia menurun sebanyak 0.42% ke $49.35 berikutan dengan data yang menunjukan peningkatan pada inventori minyak mentah di A.S. Pada masa yang sama, harga emas menurun sebanyak 0.13% ke $1,264.01 walaupun dolar yang lebih lemah selepas para pelabur melihat kepada aset yang berisiko tinggi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – CPI (QoQ) (Q1) 0.5% 0.6% 0.5%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) 1.7% -0.3%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -1.034M -1.611M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam lingkungan dagangan dan kini sedang menguji berdekatan dengan tahap rintangan 1.2845. Merujuk kepada isyarat menurun dari MACD histogram yang masih menyempit ke arah sisi, GBPUSD berkemungkinan untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 1.2845.

 

Tahap rintangan: 1.2845, 1.2905

Tahap sokongan: 1.2775, 1.2700

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana petunjuk MACD kini memaparkan isyarat dan momentum menurun, EURUSD berkemungkinan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menaik selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.0965, 1.1000

Tahap sokongan: 1.0920, 1.0875

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Oleh kerana isyarat menaik dari MACD histogram masih melebar dan menuju ke atas, USDJPY dijangka untuk meneruskan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 111.30.

 

Tahap rintangan: 111.30, 112.15

Tahap sokongan: 110.60, 110.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 49.10. Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menurun, harga minyak mentah dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan ia untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 49.70, 50.20

Tahap sokongan: 49.10, 48.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1261.50. Oleh kerana petunjuk MACD mula berlegar di luar momentum menurun, harga emas dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Pelebaran jarak diantara kedua-dua garisan MA mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka panjang.

 

Tahap rintangan: 1265.25, 1269.20

Tahap sokongan: 1261.50, 1257.00