83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 April 2018                       Analisis Harian

 

Dolar menembusi paras 90 selepas kadar hasil bon makin meningkat.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 0.45% ke paras 90.95 apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain berlatarbelakangkan hasil bon AS yang kini mencecah paras di atas 3%. Semalaman, dolar telah melanjutkan kenaikannya selepas hasil bon persekutuan AS bagi 10 tahun mencecah paras yang tertinggi di dalam tempoh empat tahun. Menurut kepada bank terbesar di AS berasaskan permodalan pasaran, Wells Fargo mengulas bahawa perkembangan ekonomi yang pesat serta kadar inflasi teras yang kini mendekati sasaran 2% telah mengukuhkan pandangan terhadap Bank Pusat AS untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah dengan lebih agresif dan kerap. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.39% ke $1.2170 selepas para peserta pasaran kekal berjaga-jaga sebelum mesyuarat Bank Pusat Eropah yang telah dijadualkan pada malam ini bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut dari ahli bank pusat mengenai pandangan mereka terhadap perkembangan ekonomi di zon Eropah.

 

Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.50% ke $68.34 setong susulan dengan kekhuatiran pasaran ke atas gangguan pembekalan minyak di Venezuela yang telah susut ke dari paras 2.5 juta tong ke 1.5 juta tong sehari. Insiden tersebut adalah berpunca dari kegawatan politik dan ekonomi yang masih berterusan di dalam negara Amerika Selatan tersebut. Sebaliknya, harga emas menjunam sebanyak 0.74% ke $1,322.85 se troy auns selepas kenaikan hasil bon AS memberi sokongan bullish kepada dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                       ECB Press Conference

 

 


 

Data Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – Gfk German Consumer Climate (May) 10.9 10.9
16:30 GBP – Gross Mortgage Approvals 38.1K 37.1K
19:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) 1.0% 0.5%
20:30 USD – Goods Trade Balance (Mar) -75.88B -74.80B
20:30 USD – Initial Jobless Claims 232K 235K

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3910. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.3960.

 

Tahap rintangan: 1.3960, 1.4020

Tahap sokongan: 1.3910, 1.3860

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di paras Fibonacci 38.2. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish semula.

 

Tahap rintangan: 1.2240, 1.2290

Tahap sokongan: 1.2160, 1.2050

 

 

USDJPY

USDJPY, D1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 109.20. MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan yang seterusnya di 109.70.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.20

Tahap sokongan: 109.20, 108.50

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 67.70. MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan yang seterusnya di 68.40.

 

Tahap rintangan: 68.40, 69.00

Tahap sokongan: 67.70, 67.20

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1329.70. MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan di 1321.30.

 

Tahap rintangan: 1329.70, 1340.30

Tahap sokongan: 1321.30, 1313.90