83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar masih meneruskan kenaikannya.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan mata wang utama yang lain walaupun tuntutan pengangguran bagi minggu lepas telah meningkat. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.03% ke paras 97.84 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Commerce Department, Core Durable Goods Orders bagi bulan Mac telah meningkat sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Namun, peningkatan pada dolar adalah terhad selepas US Department of Labour melaporkan bahawa tuntutan penganggurannya meningkat ke paras 230,000 bagi minggu lepas, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 199,000. Peningkatan pada pendaftaran insurans pengangguran telah mencatat peningkatan yang tertinggi semenjak lewat tahun 2017 sambil menghentikan penurunan bagi 5 minggu berturut-turut. Data tersebut berkemungkinan untuk mencadangkan bahawa momentum pasaran pekerjaan mula untuk susut walaupun keadaannya adalah masih kukuh. Sementara itu, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.01% ke 1.2899. Sterling gagal untuk meneruskan kenaikannya dari paras bawah selepas tekanan ke atas PM Theresa May untuk meletakkan jawatan makin meningkat susulan dengan kegagalannya untuk menyelesaikan kebuntuan Brexit. Peningkatan pada risiko Brexit dan politik telah menurunkan penampilan bagi aset di rantau tersebut dan justeru mendorong kepada penurunan sterling.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berundur sebanyak 0.08% ke $64.97 setong. Harga minyak gagal untuk melanjutkan kenaikannya oleh kerana pembekalan berkemungkinan untuk meningkat selepas perjanjian OPEC tamat pada bulan Jun nanti. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1,277.99 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran akibat daripada UK dan EU.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 2.2% 2.0%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) 96.9 97.1
01:00

(27hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 825

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 97.65. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat bagi jangka pertengahan ke arah 98.60.

 

Tahap rintangan: 98.60, 100.15

Tahap sokongan: 97.65, 96.85

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.2805.

 

Tahap rintangan: 1.2900,1.3000

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2670

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.1200. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1100.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1100, 1.0960

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 111.45. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 111.45.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.20

Tahap sokongan: 111.45, 111.00

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6990.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6935

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6630. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.3485. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0190. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek selepas ia memecahkan 1.0190.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0310

Tahap sokongan: 1.0190, 1.0100

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 64.65.

 

Tahap rintangan: 66.00, 67.65

Tahap sokongan: 64.65, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi diantara 1279.45 dan 1271.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 1279.45.

 

Tahap rintangan: 1279.45, 1284.15

Tahap sokongan: 1275.30, 1271.40