83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Harga minyak menjunam 7%, kecewa dengan keputusan OPEC.

                Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat berikutan dengan data pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan dan ia telah meningkatkan suasana pesimisme di dalam kalangan para pelabur terhadap keupayaan Britain untuk menempuh ketidaktentuan Brexit. Pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.25% ke paras rendah seminggu di $1.2910. Menurut kepada Pejabat Statistik Kebangsaan, bacaan suku pertama bagi GDP telah disemak semula dengan lebih rendah ke 0.2%, tersasar daripada anggaran terdahulu dengan 0.3%. Bacaan tersebut adalah tahap yang paling lemah sejak suku pertama tahun 2016. Para pelabur kini akan memantau pilihan raya umu UK yang bakal berlangsung pada 8hb Jun manakala parti-parti politik akan meneruskan kempen mereka pada hari ini. Di rantau Amerika, dolar A.S. telah melanjutkan pemulihannya pada sesi Asia dan ia disebu niaga berdekatan dengan 97.15 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Semalaman, dolar telah menerima momentum bullish selepas data Initial Jobless Claims memberikan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan dan ia telah meningkatkan sentimen pasaran terhadap pemulihan prestasi ekonomi mereka bagi suku kedua kelak.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 7.02% ke $48.40 sambil mencatat penurunan peratusan harian yang terbesar sejak awal bulan Mac lalu. Walaupun langkah OPEC semalam untuk melanjutkan pelan pembekuan adalah berada di dalam jangkaan kebanyakan para pelabur, namun sesetengahnya mengharapkan bahawa mereka akan meningkatkan lagi kadar pemotongan harian bagi mengurangkan kelebihan stok global. Para penganalisis mengulas bahawa kenaikan pada harganya baru-baru ini telah mengurangkan para pelabur untuk menyokong harganya apabila dia menjunam dan ia telah mempercepatkan penurunan tersebut. Bagi pasaran emas pula, harga logam kuning menyusut sebanyak 0.09% ke $1,254.65 selepas dolar A.S. pulih berikutan dengan data Initial Jobless Claims yang lebih optimistik.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) -0.2% 0.5%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 0.7% 0.9%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (May) 97.7 97.5
01:00 Crude Oil – Baker Hughes Oil Rig Count 720

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD menjunam selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2935 dan kini sedang menguji untuk memecah keluar dari paras bawah saluran menaik tersebut. Pemecahan dari paras ini akan memberi isyarat pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.2935, 1.2980

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2965

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atas segi tiga tersebut. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.1195 baru-baru- ini mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.1170 pada jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1195, 1.1220

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1150

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh berdekatan dengan 112.00 dan kini sedang menguji di garisan 20-moving average (merah). Penutupan niaga di bawah garisan tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan 111.25.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.90

Tahap sokongan: 111.25, 110.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap sokongan 48.85. Petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan momentum menurunnya.

 

Tahap rintangan: 50.00, 52.00

Tahap sokongan: 48.85, 47.85

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah kekal didagang di dalam segi tiga menaik dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1253.80. Lantunan daripada tahap tersebut akan mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke paras atas segi tiga pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1263.00, 1271.00

Tahap sokongan: 1253.80, 1246.00