83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2018                       Analisis Harian

 

Risiko susut selepas Trump beralih pandangan.

Dolar AS telah melanjutkan penurunannya semasa sesi dagangan Asia berikutan dengan data perumahan yang suram sementara para pelabur mencerna keputusan mesyuarat diantara AS dan EU. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.40% ke 93.92 semasa penulisan. Di dalam satu pertemuan yang dinanti-nantikan diantara Presiden AS Donald Trump dan Pengarah Eksekutif EU Jean-Claude Juncker, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menarik diri dari perang perdagangan sambil berusaha untuk menuju ke arah tarif, halangan dan subsidi “sifar”. Pihak EU bersetuju untuk membeli eksport AS yang bernilai berbilion dolar sementara Trump bersetuju untuk memansuhkan tarif AS yang dikenakan ke atas import keluli dan aluminium dari EU. Optimisme yang menyelubungi mesyuarat tersebut telah membangkitkan pasaran bullish sambil menyokong kenaikan saham global. Walaubagaimanapun, ia gagal untuk mendorong kenaikan dolar berikutan dengan data New Home Sales bagi bulan lepas yang tersasar telah tersasar daripada ramalan ekonomis. Sementara itu, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.03% ke $1.1732 berlatarbelakangkan penyusutan risiko perang perdagangan serta Indeks Keadaan Perniagaan Jerman yang lebih optimistik dari semalam.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.10% ke $70.53 setong selepas Energy Information Administration melaporkan penurunan yang mendadak pada stok simpanan minyak AS sebanyak 6.147 juta tong, lebih tinggi berbanding ramalan untuk menurun hanya 2.600 juta tong. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.09% ke $1,232.84 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                      ECB Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Aug) 10.7 10.7
19:45 EUR – Deposit Facility Rate -0.40% -0.40%
19:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.0% 0.5%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 207K 215K
20:30 USD – Goods Trade Balance 64.77B 67.00B

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun. Pergerakan harga tersebut serta isyarat bullish dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3270.

 

Tahap rintangan: 1.3270, 1.3345

Tahap sokongan: 1.3180, 1.3130

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari tahap rintangan berhampiran 1.1750 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.1750, 1.1780

Tahap sokongan: 1.1710, 1.1675

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah meneruskan trend menurun utamanya selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan bias bearish. Oleh itu, pemecahan pada tahap sokongan 110.70 akan mengesahkan isyarat menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.25, 111.95

Tahap sokongan: 110.70, 110.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara ia telah melantun dari tahap sokongan 69.30 baru-baru ini. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke arah tahap rintangan yang kukuh iaitu 70.00.

 

Tahap rintangan: 70.00, 70.70

Tahap sokongan: 69.30, 68.85

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. Kedua-dua garisan MA dan MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 1233.70.

 

Tahap rintangan: 1233.70, 1238.40

Tahap sokongan: 1226.50, 1222.00