83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS didagang dengan rata menjelang keputusan kadar faedah Fed.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal melanjutkan keuntungannya semalam kerana peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Fed. Sebelum ini, mata wang negara itu berjaya melantun daripada paras terendah 15 bulan kerana terdapat beberapa tanda daya tahan yang luar biasa dalam ekonomi AS dan kelemahan berterusan di Eropah. Tetapi kini, majoriti ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters kini menjangkakan bahawa kenaikan kadar pada hari Rabu akan menjadi yang terakhir dalam kitaran pengetatan semasa oleh bank pusat AS. Walaupun kemungkinan kenaikan kadar sebahagian besarnya diambil kira dalam pasaran, ketidakpastian kekal mengenai isyarat masa depan bank itu, terutamanya memandangkan inflasi A.S. terus berada dalam aliran melebihi julat sasaran tahunan yang ditetapkan oleh Fed. Dengan itu, tidak ada sebab untuk menolak kemungkinan bahawa Fed akan berpegang pada pelannya untuk sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan kadar tahun ini berikutan kenaikan kadar faedah pada hari Khamis. Sebaliknya, Keyakinan Pengguna A.S. bagi bulan Julai mencapai paras tertinggi dua tahun, disokong oleh pasaran buruh yang ketat dan tekanan inflasi yang berkurangan. Bagaimanapun, ia gagal merangsang indeks dolar kerana peserta pasaran masih bimbang terhadap potensi kemelesetan susulan beberapa siri kenaikan kadar oleh Fed sebelum ini. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.07% ke 101.30.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.51% ke $79.40 setong apabila berita melaporkan bahawa China akan melaksanakan lebih banyak pelan rangsangan tidak lama lagi. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% kepada $1964.50 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                                        FOMC Statement

(27th)

02:30                     USD                                        FOMC Press Conference

(27th)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:00 USD – Building Permits 1.496M 1.440M
22:00 USD – New Home Sales (Jun) 763K 727K
22:30 USD – Crude Oil Inventories -0.708M -2.400M
02:00

(27th)

USD – Fed Interest Rate Decision 5.25% 5.50%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 100.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 101.65.

 

Tahap rintangan: 101.65, 103.00

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2875. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2875, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2605

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1065. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0960.

 

Resistance level: 1.1065, 1.1155

Support level: 1.0960, 1.0850

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 141.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang semakin menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 141.60, 143.90

Tahap sokongan: 139.00, 136.35

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3175. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3065

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.8670. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8670, 0.8835

Tahap sokongan: 0.8535, 0.8355

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 77.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 80.75.

 

Tahap rintangan: 80.75, 83.05

Tahap sokongan: 77.15, 74.00

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1951.60. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1980.00, 2020.70

Tahap sokongan: 1951.60, 1939.75