83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2023                       Analisis Sesi Petang

 

EUR jatuh disebabkan kebimbangan kemelesetan pada data ekonomi yang lebih teruk.

Euro, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, merosot selepas data ekonomi baru-baru ini mengecewakan pelabur dan meningkatkan kebimbangan kemelesetan pasaran. Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Ifo, Indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman menurun ke 87.3 daripada 88.6, di bawah ramalan pasaran 88.0. Selain itu, data PMI terbaru ini yang dikeluarkan oleh semua negara Eropah termasuk Perancis, Jerman, dan Eropah telah mengecewakan pelabur. Data PMI dari setiap sektor dan setiap negara ini berada di bawah ramalan pasaran dan bacaan sebelumnya, yang mewakili tanda kelembapan dalam keseluruhan sektor pembuatan Eropah. Selain itu, perlu diperhatikan bahawa Jerman dan Perancis adalah kedua-dua negara terbesar di Eropah tetapi keadaan ekonomi kedua-dua negara kurang berprestasi, yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap prospek ekonomi Eropah. Data ini mungkin akan menyebabkan perubahan pendirian di kalangan ahli hawkish ECB, tetapi peserta pasaran masih menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan menaikkan kadar faedah pada Khamis akan datang. Walaupun inflasi telah menurun, tetapi ia masih kekal melebihi sasaran 2%. Semasa penulisan, EUR/USD turun -0.05% kepada 1.1045.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun -0.34% ke $79.30 setong disebabkan oleh stok minyak mentah mingguan API telah meningkat dan melebihi ramalan pasaran. Selain itu, harga emas turun -0.05% ke $1963.80 setroy di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                      FOMC Statement

(27th)

02:30                     USD                      FOMC Press Conference

(27th)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Event Previous Forecast Actual
20:00 USD – Building Permits 1.496M 1.440M
22:00 USD – New Home Sales (Jun) 763K 727K
22:30 USD – Crude Oil Inventories -0.708M -2.400M
02:00

(27th)

USD – Fed Interest Rate Decision 5.25% 5.50%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 100.80. MACD yang menunjukkan isyarat dari momentum bearish ke momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 101.55.

 

Tahap rintangan: 101.55, 102.35

Tahap sokongan: 100.80, 99.80

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan di 1.2835. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan di 1.3000.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2835, 1.2670

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan di 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0835

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 141.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 141.90, 142.90

Tahap sokongan: 140.25, 138.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6880

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6595

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6280.

 

Tahap rintangan: 0.6280, 0.6380

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6055

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rata di atas tahap sokongan di 1.3110. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan di 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3110, 1.2975

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.8710, 0.8855

Tahap sokongan: 0.8545, 0.8360

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan sebelumnya 77.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan 79.70

 

Tahap rintangan: 79.70, 82.55

Tahap sokongan: 77.25, 73.75

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1971.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan 1940.20.

 

Tahap rintangan: 1971.40, 2003.60

Tahap sokongan: 1940.20, 1910.80