26 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam di tengah-tengah ketegangan perang AS-Sino.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjunam di tengah-tengah peningkatan ketegangan perang perdagangan di antara AS dan China di mana kedua-dua pihak telah mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap satu sama lain. Pada Jumaat lepas, China telah mengenakan tarif sebanyak $75 bilion barangan import AS yang termasuk kenderaan. Tindakan China tersebut telah meningkatkan ketegangan di antara dua pihak dan menambah buruk kejadian perundingan perdagangan. Sebagai tindakan balas, Presiden AS Donald Trump menyatakan dalam Twitter beliau bahawa AS akan berkembang dengan lebih baik tanpa hubungan dengan China serta menaikkan tarif dari 25% ke 30% ke atas $250 bilion barangan China. Tambahan pula, Trump juga mengarahkan syarikat-syarikat domestik di dalam industri perkhidmatan kurier untuk menghentikan segala import Fentanyl dari China. Kemarahan Trump telah mengurangkan kemungkinannya pencapaian perjanjian di antara dua negara tersebut dan menyebabkan para pelabur untuk menjual aset yang berisiko dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.07% ke 97.50 sementara pasangan USD/JPY menjunam sebanyak 0.17% ke 105.20.
Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.91% ke $53.45 setong di tengah-tengah tarif yang dikenakan oleh China sebanyak 10% ke atas produk minyak dari AS mulai 1hb September. Ketegangan perang perdagangan telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan minyak global dan menyebabkan mereka untuk menjual komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 1.18% ke $1544.50 di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan di antara AS dan China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari GBP Summer Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Aug) | 95.7 | 95.1 | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) | 1.0% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 97.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2300. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2220.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2370
Tahap sokongan: 1.2220, 1.2165

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1150. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1115.
Tahap rintangan: 1.1155, 1.1185
Tahap sokongan: 1.1115, 1.1070

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 105.10. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 105.60.
Tahap rintangan: 105.60, 106.00
Tahap sokongan: 105.10, 104.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6745. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6810
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6630

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6395. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan bagi mendapat pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6465
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan trend menaik. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan trend menaik tersebut.
Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9755. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9755, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9705, 0.9655

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 53.25. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 53.25, 54.05
Tahap sokongan: 52.10, 50.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1549.65. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1549.65, 1565.50
Tahap sokongan: 1526.60, 1508.25