26 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS diselamatkan oleh kelemahan euro?
Dolar AS telah dibuka dengan lebih tinggi pada hari Isnin sementara para pelabur memberi tumpuan kepada pertemuan diantara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang telah dijadualkan pada hari Jumaat ini di sidang kemuncak G20. Pada minggu lepas, dolar telah susut dari paras tinggi 16 bulan berikutan dengan data ekonomi yang suram serta isyarat dovish yang disampaikan oleh ahli Bank Pusat AS (Fed). Beberapa ahli berpendapat bahawa mereka harus menghentikan sebarang kenaikan kadar faedah menjelang musim bunga tahun depan memandangkan kadar neutral makin menghampiri. Selain itu, mereka juga menegaskan bahawa kadar inflasi semasa dan jualan runcit bakal mencapai kapasiti maksimumnya dan ia adalah wajar untuk menyeru penghentian pada kenaikan kadar faedah. Sebaliknya, mata wang euro telah dibuka dengan lebih rendah berikutan dengan sentimen negatif yang telah tercetus pada hari Jumaat yang lepas. Pada minggu lalu, euro menerima tekanan menjual selepas data ekonomi semasa memaparkan keputusan yang kuerang memuaskan dan ia berkemungkinan untuk menjejaskan pelan Bank Pusat Eropah untuk mengetatkan dasar dan memansuhkan program QE. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 96.79 sementara EUR/USD menurun sebanyak 0.02% ke 1.1335.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak telah menurun sebanyak 1.45% ke $50.26 setong semasa sesi Asia. Harga minyak mengalami tekanan menurun berikutan dengan peningkatan stok minyak global sementara para pelabur menunggu mesyuarat OPEC yang bakal dijadualkan pada 6hb Disember untuk mendapat isyarat pasaran yang lebih lanjut. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.05% ke $1,223.76 se troy auns berlatarbelakangkan risiko yang tinggi di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 102.8 | 102.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2805.
Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.1360. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 112.95.
Tahap rintangan: 112.95, 113.30
Tahap sokongan: 112.60, 112.10

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.6775.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6730

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan saluran sisi sebelum ini. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9905

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 53.90. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 49.50, 47.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1228.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1215.95.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00