83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Disember 2018                             Analisis Sesi Petang

 

Dolar rata di tengah-tengah musim percutian.

Indeks dolar kekal didagang dengan rata pada 96.00 berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama pada awal sesi dagangan Eropah berikutan dengan pergerakan yang perlahan semasa cuti Krismas dan Tahun Baru. Prospek ekonomi semasa bagi AS kekal suram susulan dengan pasaran saham AS telah jatuh dan para pelabur menyelamatkan pelaburan mereka dengan bertukar kepada pasaran aset yang selamat seperti emas dan Yen Jepun. Pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan ketegangan politik yang timbul dari AS, para pelabur menahan diri daripada memasuki pasaran dolar sambil menunggu perubahan sentimen yang berkemungkinan terjadi seperti penyusutan ketegangan perang perdagangan. Mereka juga akan menumpukan perhatian mereka pada kesan yang mungkin berlaku apabila Parti Demokrat AS menggantikan tempat Parti Republik sebagai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.22% ke 1.2705 sementara para pelabur kini menunggu untuk sebarang perkembangan dalam Brexit yang telah ditangguhkan pada masa ini. Perdana Menteri UK Theresa May berjaya untuk menangguhkan proses pengundian ke 14hb Januari tahun depan sementara beliau berunding semula perjanjian Brexit dengan pihak EU. Namun, kemungkinan May untuk mendapatkan kelulusan dan mengekalkan kedudukannya sebagai PM adalah sangat rendah kerana kebanyakannya ahli Parti Konservatif sendirinya juga menentang May walaupun beliau berjaya melepasi undian tanpa keyakinan semasa awal bulan ini.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal tidak berubah pada $42.75 selepas mencecah 18 bulan rendah. Sentimen untuk pasaran minyak masih mendung sementara bull minyak mentah berharap untuk menaik harga minyak bergantung kepada pengurangan dalam pengeluaran OPEC berkuat kuasa pada bulan depan. Seterusnya, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.12% kepada $1273.55 se troy auns di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.30, 96.55

Tahap sokongan: 96.00, 95.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2700. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilin di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2740

Tahap sokongan: 1.2660, 1.2610

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1400. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1435, 1.1470

Tahap sokongan: 1.1400, 1.1365

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 110.15. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 110.65.

 

Tahap rintangan: 110.65, 111.00

Tahap sokongan: 110.15, 109.80

 

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7035. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7035, 0.7000

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6730. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6730, 0.6760

Tahap sokongan: 0.6700, 0.6660

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3625. MACD yang memaparkan permulaan isyarat bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3625, 1.3670
Tahap sokongan: 1.3580, 1.3540

 

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9860. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.9900.

 

Tahap rintangan: 0.9900, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9830

 

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 42.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 43.75, 45.50

Tahap sokongan: 42.25, 40.00

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1272.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur dari tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1274.00, 1280.00

Tahap sokongan: 1267.00, 1262.90