27 Februari 2018 Analisis Harian
Testimoni Powell di fokus.
Indeks dolar telah didagang secara berayun berhampiran 90.00 dengan isi padu yang lebih rendah sementara para pelabur menunggu testimoni yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell di hadapan House Financial Services Committee pada pukul 23:00 waktu Malaysia. Di dalam testimoni kali pertamanya, Powell dijangka untuk memberikan pandangan beliau ke atas beberapa topik yang penting dan ia boleh mencetuskan pergerakan pasaran yang lebih tinggi pada malam nanti. Para pelabur akan memantau pelan Fed ke atas pengetatan dasar kewangan mereka selepas bon persekutuan AS bagi 10 tahun mencapai tahap psikologi di 3.00%. Kebanyakan para penganalisis menjangkakan bahawa pengetatan dasar akan dilakukan secara beransur-ansuran berikutan dengan kebimbangan terhadap tekanan inflasi di dalam rantau tersebut. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.08% ke $1.3970 semasa penulisan selepas Parti Buruh mengambil sikap yang berbeza dan bukan pendekatan yang lembut ke atas proses Brexit. Menurut kepada Pengerusi Parti Buruh Corbyn, mereka sedang mempertimbangkan pendekatan yang berlainan ke atas Brexit mengenai pelan kastam baru dengan EU yang membolehkan UK untuk berdagang secara lancar dengan zon Eropah tanpa membayar cukai dan levi. Saga Brexit yang tidak dapat diselesaikan ini telah memacu ketidaktentuan di dalam rantau tersebut yang secara langsungnya menekan prestasi Pound Sterling.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.23% ke paras tinggi tiga minggu berhampiran $64.03 susulan dengan isyarat positif dari OPEC dan negara bukan ahli OPEC dalam membeku paras pengeluaran dan penyusutan pada pembekalan minyak harian AS dari 10.271 juta tong sehari ke 10.270 juta tong sehari. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.38% ke $1,335.77 se troy auns sementara para pelabur menunggu testimoni dari Pengerusi Fed Jerome Powell pada malam nanti.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:45 | NZD – Trade Balance (MoM) (Jan) | 640M | -2,710M | – |
| 21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) | 0.7% | 0.4% | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Feb) | 125.4 | 126.3 | – |
| 05:30(Wed) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -0.907M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah sokongan pada garisan 200-MA. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi ke paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 1.3995, 1.4060
Tahap sokongan: 1.3915, 1.3870
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara mengayun tanpa isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan histogram MACD. Pemecahan sama ada pada tahap rintangan atau tahap sokongan diperlukan untuk mendapat indikasi mengenai arah pergerakan pasangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2350, 1.2425
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2130
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 107.10. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya pemecahan di garisan 200-MA dan tahap sokongan 106.75 telah berjaya.
Tahap rintangan: 107.10, 107.75
Tahap sokongan: 106.75, 106.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan trend pada saluran menaik. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut dalam bias untuk didagang dengan lebih rendah secara jangka masa pendek ke tahap sokongan minor di 63.70.
Tahap rintangan: 64.55, 66.20
Tahap sokongan: 63.70, 63.25
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1331.05. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya pemecahan di tahap rintangan 1333.70 telah berjaya.
Tahap rintangan: 1333.70, 1340.00
Tahap sokongan: 1331.05, 1327.40