27 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar AS ditekan walaupun risiko dagangan susut.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia susut sebanyak 0.48% ke 88.63 walaupun ketegangan geopolitik mengenai persaingan dagangan diantara dua ekonomi terbesar di dunia iaitu AS dan China telah susut. Semalaman, rundingan peribadi telah dimulakan diantara dua buah negara tersebut bagi mencapai konsensus untuk mengurangkan defisit dagangan yang mencecah sebanyak $100 bilion. Tambahan pula, China sedang menimbangkan petisyen AS untuk mengurangkan tarif China ke atas sektor automobil serta menggalakkan industri domestik untuk membeli semikonduktor dari AS dan membuka pasaran kewangan China kepada syarikat dari. Namun, dolar masih mengalami tekanan bearish susulan dengan peningkatan pada mata wang utama yang lain terutamanya Pound Sterling. Pasangan GBP/USD telah melonjak sebanyak 0.79% ke $1.4227 berlatarbelakangkan sentimen optimistik pasaran terhadap transisi Brexit yang lebih lancar serta optimisme terhadap kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England pada bulan Mei susulan dengan laporan pertumbuhan gaji yang lebih baik daripada jangkaan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berundur sebanyak 33 cents ke $65.70 setong selepas para pelabur mengaut keuntungan sementara peningkatan pada bilangan pelantar minyak domestik AS telah meningkatkan kebimbangan terhadap pembekalan yang makin meningkat. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.14% ke $1,352.57 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko persaingan perdagangan AS-China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD FOMC Member Bostic Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:00 | AUD – HIA New Home Sales (MoM) (Feb) | -2.1% | – | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Mar) | 130.8 | 131.2 | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -2.739M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan trend pada saluran menaik. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 1.4200.
Tahap rintangan: 1.4250, 1.4340
Tahap sokongan: 1.4200, 1.4130
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di atas garisan trend segi tiga menurun. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.2510.
Tahap rintangan: 1.2510, 1.2630
Tahap sokongan: 1.2210, 1.1970
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 105.20 dan pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan yang seterusnya di 105.60. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke garisan trend menurun tersebut sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan terkini.
Tahap rintangan: 105.60, 106.50
Tahap sokongan: 105.20, 104.60
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 65.25. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 66.25.
Tahap rintangan: 66.25, 67.45
Tahap sokongan: 65.25, 64.10
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1354.75. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan bias bullish semula.
Tahap rintangan: 1354.75, 1365.45
Tahap sokongan: 1344.50, 1335.00