83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Mac 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berkekal kukuh walaupung dengan data yang suram.

 

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah berkukuh walaupun dengan data perumahan AS dan CB Consumer Confidence yang tersasar dengan ramalan ekonomis. Menurut kepada Conference Board AS, keyakinan pengguna telah menyusut dari 131.4 ke 124.1, tersasar dengan ramalannya sebanyak 132.0. Data tersebut telah menunjukkan bahawa keyakinan pengguna terhadap ekonomi di AS makin merosot. Pada masa yang sama, data Building Permits yang merupakan petunjuk utama terhadap permintaan perumahan telah menyusut akibat dengan kemelesetan ekonomi. Namun, lantunan yang ketara dalam hasil bon perbendaharaan telah mencetuskan sentimen yang positif terhadap pasaran dolar dan menyebabkan dolar untuk menokok sebanyak 0.07% ke 96.25 semasa sesi dagangan awal Asia. Sebaliknya, pasangan NZD/USD telah menjunam sebanyak 1.30% ke 0.6815 berikutan dengan keputusan kadar faedah Bank Pusat New Zealand (RBNZ) untuk dikekalkan pada paras 1.75%. Sementara itu, RBNZ juga menegaskan bahawa langkah seterusnya bagi keputusan kadar faedah akan lebih dovish akibat dengan prospek ekonomi global yang makin lemah dan penyusutan momentum dalam perbelanjaan domestik.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.30% ke $59.70 setong di tengah-tengah laporan inventori minyak API yang mencatatkan peningkatan sebanyak 1.93 juta tong bagi minggu akhir 22hb Mac sementara tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 1.1 juta tong. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.13% ke $1317.50 se troy auns di tengah-tengah ketegangan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global yang masih menghantui pasaran yang lebih berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

16:00                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Trade Balance (Jan) -59.80B -57.00B
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -9.589M -1.200M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.20. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.70.

 

Tahap rintangan: 96.70, 97.05
Tahap sokongan: 96.20, 95.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3180. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3300, 1.3415
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1260. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1290, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1215

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 110.35.

 

Tahap rintangan: 110.95, 111.45
Tahap sokongan: 110.35, 109.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7125. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7210
Tahap sokongan: 0.7125, 0.7080

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6820. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6865, 0.6900
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6765

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3400. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3360.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3455
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3325

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah paras atas saluran tersebut berdekatan tahap rintangan di 0.9950.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 59.50.

 

Tahap rintangan: 60.55, 61.90
Tahap sokongan: 59.50, 58.40

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1315.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1323.00.

 

Tahap rintangan: 1323.00, 1331.70
Tahap sokongan: 1315.00, 1305.50