27 April 2017 Analisis Harian
Pasaran kewangan tidak kagum akan pelan cukai Trump.
Dolar A.S. berpaut kepada keuntungannya pada hari Khamis ini selepas pelan pembaharuan cukai oleh Presiden A.S. Donald Trump tidak memberikan sebarang kejutan yang baru dan yakni menghentikan kenaikan pada dolar manakala para peserta pasaran mengalihkan tumpuan kepada keputusan dasar monetari dari Bank Pusat Eropah. Indeks dolar tidak berubah berdekatan dengan 98.93, lebih rendah daripada paras tinggi sesi semalaman di 99.33. Pembaharuan cukai Trump akan mengurangkan kadar cukai pendapatan syarikat dari 35% ke 15% dan mengurangkan kadar cukai ke atas perniagaan yang mempunyai kos pindahan yang merangkumi perkongsian kecil dan milikan tunggal dari 39.6% ke 15%. “Pelan cukai Trump tidak memberikan sebarang butiran yang baru. Walaupun pelan tersebut adalah bercita-cita tinggi, asasnya adalah goyah dari segi pengutipan hasil,” kata pakar strategi forex, Junichi Ishikawa. Melihat ke dalam pasaran Eropah, mata wang Euro telah menokok sebanyak 0.1% ke $1.0911, tidak jauh dari paras tinggi 5½ bulan di $1.0951. Bank Pusat Eropah dijangka untuk mengumumkan keputusan dasarnya pada hari ini dan para pelabur akan memantau jika keputusan pusingan pertama pilihan raya di Perancis akan mempunyai sebarang pengaruh ke atas pendirian dan pendekatan yang digunakan oleh bank pusat tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.52% ke $49.36 berikutan dengan peningkatan pada inventori gasolin yang berpunca dari permintaan yang lebih lemah. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.26% ke $1,266.05 selepas ketidaktentuan dan risiko global menyusut dan ditambah pula dengan dolar A.S. yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Outlook Report (YoY)
14:30 JPY BoJ Press Conference
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
Tentatif | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | 0.00% | – |
20:00 | EUR – German CPI (MoM) (Apr) | 0.2% | -0.1% | – |
20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) | 0.5% | 0.4% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 244K | 245K | – |
22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) | 5.5% | -1.0% | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD didagang di dalam saluran sisi dan kini sedang menguji di paras atas saluran tersebut. Pemecahan dari tahap 1.2855 memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Walaubagaimanapun, penyusutan dari tahap ini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek di dalam saluran tersebut selepas itu.
Tahap rintangan: 1.2855, 1.2905
Tahap sokongan: 1.2810, 1.2770, 1.2700
EURUSD
EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.0920 mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.0920, 1.0965
Tahap sokongan: 1.0875, 1.0830
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-moving average (merah). Merujuk kepada petunjuk MACD yang berlegar di luar momentum menaik, USDJPY dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya.
Tahap rintangan: 111.40, 111.75
Tahap sokongan: 110.95, 110.45
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang di dalam lingkungan harga diantara 49.00 dan 50.20. Lantunan dari paras bawah baru-baru ini mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek, ke sasaran tahap rintangan 49.65. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.
Tahap rintangan: 49.65, 50.20, 50.90
Tahap sokongan: 49.00, 48.30
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah berundur dari garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. Pelebaran jarak diantara kedua-dua garisan MA selepas pembentukan corak silang kematian mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan 1260.85.
Tahap rintangan: 1267.40, 1274.00
Tahap sokongan: 1260.85, 1251.45