27 April 2018 Analisis Harian
Euro menjunam selepas Draghi berucap.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mengukuhkan kedudukannya di atas tahap utama 90.00 dan disebut niaga berhampiran 91.35. Momentum tersebut telah didorong susulan dengan ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi yang telah membekalkan isyarat bercampuran semasa sidang media. Semalaman, dolar susut sedikit sebelum sidang media ECB selepas kadar hasil bon AS 10-tahun berundur dari paras 3% Namun, kerugian yang dialami telah dipangkas selepas ECB mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah secara tidak berubah seperti yang dijangkakan secara meluas sementara menegaskan untuk meneruskan pelan pembelian bon sehingga akhir bulan September atau sasaran inflasi 2% telah tercapai. Tambahan pula, Presiden ECB Mario Draghi juga memberi amaran bahawa risiko global makin meningkat berikutan dengan pendekatan protectionisme dari pentadbiran Trump dan ECB masih belum membincang mengenai isu yang harus dibentangkan semasa mesyuarat bulan Jun. Kenyataan beliau telah mengecewakan para peserta pasaran yang mengharapkan ECB untuk melepaskan pelan dasar kewangan semasa mesyuarat tersebut. Selepas kenyataan Draghi, pasangan EUR/USD mencatat kerugian sebanyak 0.44% ke $1.2100.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mencatat kerugian sebanyak 0.20% ke $67.90 setong selepas para pelabur mencerna laporan mengenai potensi sekatan pembekalan minyak di Iran. Buat setakat ini, data yang bakal dilepaskan oleh Baker Hughes mengenai bilangan pelantar minyak di AS akan menjadi tumpuan bagi mendapatkan prospek mengenai arah tuju harga komoditi tersebut pada jangka pendek. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.37% ke $1,316.50 se troy auns selepas dolar AS mengukuhkan kedudukannya di paras yang tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentative JPY BoJ Press Conference
22:00 GBP BoE Govenor Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 06:45 | NZD – Trade Balance (MoM) (Mar) | 217M | 200M | -86M |
| 07:30 | JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Apr) | 0.8% | 0.8% | 0.6% |
| Tentative | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 14:00 | GBP – Nationwide HPI (MoM) (Apr) | -0.2% | – | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Apr) | -19K | -15K | – |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 1.4% | 1.4% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 2.9% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Employment Cost Index (QoQ) (Q1) | 0.6% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – GDP Price Index (QoQ) (Q1) | 2.3% | 2.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) | 97.8 | 98.0 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 820 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3970 dan pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan yang seterusnya di 1.3900. Bagi jangka masa pendek, dicadangkan untuk menunggu sehingga berlakunya pemecahan lilin sebelum melakukan dagangan.
Tahap rintangan: 1.3970, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3900, 1.3860
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2160. MACD yang memaparkan momentum menurun yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1.2050.
Tahap rintangan: 1.2160, 1.2240
Tahap sokongan: 1.2050, 1.1940
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 109.20. Namun, silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah sekiranya ia memecah paras tertinggi sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.20
Tahap sokongan: 109.20, 108.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 68.10. MACD yang menunjukkan kenaikan momentum menurun memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke sokongan pada garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 68.10, 68.40
Tahap sokongan: 67.70, 67.20
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1321.30. Namun, silang keemasan yang dibentuk oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi didagang dengan lebih tinggi ke arah paras terendah sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 1321.30, 1328.40
Tahap sokongan: 1313.90, 1307.40