27 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut akibat dengan data negatif.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut di tengah-tengah data negatif yang telah memburukkan sentimen pasaran terhadap dolar. Menurut kepada Census Bureau, data Core Durable Goods Orders AS telah memberi bacaan sebanyak 0.0%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.2% serta mengisyaratkan bahawa ekonomi AS kini telah menghilang momentum menaiknya. Ketegangan perang perdagangan diantara dua ekonomi terbesar dan juga data yang suram di rantau AS telah meningkatkan kebimbangan pasaran bahawa Bank Pusat AS (Fed) akan memotong kadar faedah lambat laun. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 97.35 semasa sesi dagangan awal Asia. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.07% ke 1.2720 berikutan dengan pengumuman Perdana Menteri UK Theresa May untuk meletakkan jawatannya semasa 7hb Jun pada Jumaat lepas. Beliau telah menyumbang usaha selama 3 tahun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, namun beliau gagal untuk menahan tekanan daripada ahli parlimen dan akhirnya memutuskan untuk meletakan jawatannya. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada pelantikan PM yang baru menjelang akhir bulan Julai.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.32% ke $58.65 setong di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang telah mencetuskan kebimbangan para pelabur terhadap permintaan minyak global. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada sebarang perkembangan perang perdagangan sementara mengharapkan pencapaian perjanjian semasa sidang kemuncak G20 pada bulan Jun nanti. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1284.50 se troy auns akibat dengan peningkatan selera risiko pelabur.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Memorial Day
Sehari GBP Spring Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 97.60. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 97.00.
Tahap rintangan: 97.60, 97.95
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2785.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2615

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1180. Silang keemasan dari kedua-dua garisan MA serta momentum bullish daripada MACD mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1240.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305
Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 109.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 109.70.
Tahap rintangan: 109.70, 110.20
Tahap sokongan: 109.15, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada paras atas saluran sisi. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6970 selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas saluran sisi.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6860

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6540. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3435. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0020. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0020, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9905

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 58.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 60.20, 61.80
Tahap sokongan: 58.45, 56.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1287.85. Kedua-dua garisan MA yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1287.85, 1295.65
Tahap sokongan: 1278.90, 1272.25