83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Jun 2022                         Analisis Sesi Pagi

Dolar AS berundur di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang berkurangan.

Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah minggu lepas apabila para pelabur menilai prospek kenaikan kadar utama bank pusat untuk mengekang lonjakan kadar inflasi. Penurunan harga minyak dan komoditi minggu lepas telah meredakan kebimbangan inflasi sambil meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan, yang selanjutnya mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke arah pasaran ekuiti yang lebih berisiko. Di samping itu, risiko inflasi yang berkurangan telah mengurangkan kemungkinan Rizab Persekutuan melaksanakan pengetatan dasar monetari pada masa hadapan. Buat masa ini, AS Fed Fund Futures pada hari Jumaat membuat spekulasi 73% kebarangkalian kenaikan kadar 75 mata asas pada mesyuarat Julai. Namun, kenyataan keseluruhan daripada Moneteri Polisi Komite (MPC) condong kepada nada hawkish walaupun risiko kemelesetan masih berlegar dalam pasaran kewangan global. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau keputusan dasar monetari terkini daripada Fed serta data ekonomi untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.17% ke 104.00.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.96% ke $106.20 setong di tengah-tengah pembetulan teknikal pada sesi dagangan awal Asia. Namun begitu, harga minyak melantun semula pada minggu lepas di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara isu Rusia-Ukraine terus merangsang momentum bullish ke atas komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.20% ke $1832.00 se troy auns semasa penulisan berikutan Kumpulan Tujuh mendakwa bahawa mereka akan mengumumkan larangan import emas dari Rusia pada hari Selasa.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Durable Goods Orders (MoM) (May) 0.4% 0.3%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (May) -3.9% -4.0%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 104.40, 105.25

Tahap sokongan: 103.55, 102.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2295, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2195, 1.2090

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0575, 1.0640

Tahap sokongan: 1.0470, 1.0385

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 137.70, 140.95

Tahap sokongan: 131.40, 126.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7165

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6720

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3050

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2765

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9669, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9560, 0.9460

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 107.65, 111.55

Tahap sokongan: 103.75, 100.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1833.15, 1844.00

Tahap sokongan: 1818.80, 1807.95